Sunday, November 22, 2009

MEMBER SARAWAK DATANG -UCOP

Salam, hari ini dah masuk hari kedua Ucop and family datang kerumah..bangga saya dan Shah menerima kunjunganya. Dia datang sempena majlis konvokesyen adik iparnya..Nanti Mai share wajah terbaru ucop and family..nya.

Thursday, November 12, 2009

Tesis Oh Tesis

Akhirnya..berjaya menghantar tesis, master saya.. pada 10 November 2009 yang lalu. Banyak dugaaan yang ditempuh..dan saya percaya...rakan skit7 yang lain juga menerima dugaan mereka memasing. Bagi saya..dugaan ni ..dari pelbagai sudut..dari pihak akademik sendiri, dari famili dan juga kesihatan amat menguji fizikal, emosi dan mental saya. Tidak terluah..untuk dinyatakan satu persatu...hanya mereka yang rapat sahaja mengetahui apa sebenar yang terjadi. Alhamdulliah semuanya pasti ada hikmah tersembunyi yang ingin mengajar saya dimasa kini dan hadapan. Hanya tips yang saya dapat berkongsi adalah, bila mana kita bersedih atau menerima sesuatu cubaan terima seadanya dan sentiasa membaca 'asma ul husna' serta doanya. Insyaalh ada pertolongan yang tidak disangka-sangka datang kepada kita. Apa yang pasti matlamat pembelajaran saya telah tercapai hanya sekarang ini meneruskan perjuangan sebagai seorang usahawan baru di bidang ICT saya percaya bukan mudah..macam lagu 'Akademik Fantasia'..but the lyric tu..memang boleh kita convert kepada mengorak semangat kita...

Sekian lama tak update the news..kat sini sekian lama la saya begitu sibuk dengan urusan akademik dan keluarga yang memerlukan pemerhatian 100% masa yang ada. Hari ini tinggal sisa-sisa terakhir untuk menyiapkan tugasan subjek universiti..Global Issue. Ermm hopefully, semuanya berjalan lancar...:)

Saturday, October 17, 2009

the journey as an entrepreneur was started


( TAP-Johor 2009 - Becoming IT Entrepreneur )


Alhamdulillah..thanks God to giving this opportunity to me and others. This is the first step going start to become an entrepreneur. Feel this spirit and hope and still hope hehe. Surely for Muslim feel hopping to be unsecured for any time and any place therefore to giving a pray to Allah and always back to Allah. Today have TAP-Johor Closing programme with organized by MDEC, MSC Malaysia to appreciate that whose participants to get the Pre-Seed Fund Grant and whose success going to final..Syukur Alhamdulillah..I'm one of them. En Shaidan and En Rita Kamal (En Rik) mention that, all of us must to support 'one Malaysia' to be good nation. This Grant was reward as a big responsibility to be a good nation, be a good entrepreneur..They are proud if we are success...hope so..May God blessing us. For SKIT 7, I and Murni was a pioneer hope for other SKITTERS will be followed to get this opportunities..To Fana, Pyan and Din..hope you guyz..also get this challenge ok..don't give up. This is our responsibility.

Thursday, October 15, 2009

Rossa – Ayat-Ayat Cinta

desir pasir di padang tandus
segersang pemikiran hati
terkisah ku di antara cinta yang rumit

bila keyakinanku datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan
reff:
maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu
bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud
bila keyakinanku datang
kasih bukan sekedar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan
repeat reff
ketika ku bersujud




Syahdu sungguh..masa LPU3 kak Shifah menyanyikan lagu ni..
NI tengah tungkus lumus buat tesis..terasa spirit ketika nak siapkan business plan..tu..gonna missed you guyz..SKIT7 and MOST 5..huhuk dah nak abis SKIT nih..bila la nak jumpa korang lagi..apapun wish you all the best..k

Saturday, September 19, 2009

PERGINYA RAMADHAN

Ramdahan..sedih dan sayunya..berpisah denganmu..;
Entah mengapa..cukup lain ku rasa..;
Selalunya di ketika ini aku melompat..kegirangan
kerana Aidilfitri bakal menyambutku...
Mungkin kerana terlalu banyak peristiwa
yang mengajar kita..
Terima kasih Tuhan..sehingga kini
aku masih lagi mengecapi nikmat pemberianmu..
yang pasti mengajaran amat bermakna aku lalui..
sekali Jihadmu..kau janjikan seribu balasan
Itu yang aku rasai kini..
Tuhan moga kau jadikan aku lebih tunduk padamu
Kau tambahkan keimanan kami..ketaqwaan kami
Jangan kau sesatkan kami..sedang kami telah menerima hidayahmu..
Ramadhan penuh kerahmatanmu..pastinya aku rindu
Rindu dengan Ramadhan itu.

Saturday, September 12, 2009

CERITA MENYAMBUT HARI RAYA

Salam semua..minggu ni..dah masuk minggu terakhir kita berpuasa..selalunya menjelang Hari Raya adalah saat ditunggu-tunggu..tak sabar nak pakai baju baru, kasut baru, serba-serbi barulah..teringat kisah semasa aku kecil lagi..keletah menyambut raya dikampung bersama ayanh dan emak. Zaman kecilku hanya berdua dengan adik (angah). Paing gembira bila nak beli kasut raya..ayah dengan emak akan bawak ler ronda di Rengit tu..dari sebuah kedai ke sebuah kedai sampai jumpa kasut yang berkenan kat hati...Kasut yang paling ingat di kelapa saya ni..kasut tu comel sangat..yelah masa tu kakipun comel aje kan..bertali dan bertumit tinggi warna dark brown..tali tu warna putih. Punya la suka..sampai aku bawa ke tido kasut tuh..hari2 bergaya dengan kasut tu..berjalan kehulu-hilih depan cermin. Kalau tang baju...ermm menag kalau dikalangan sepupu nih..kami 2 beradik memang menang memakai..apa tk nyer..fesyen baju pilih sendiri dan anati kalau tak sesuai siap boleh bincang lagi dengan cantik ke tak.. Emak masa nih..memang tailor..oleh itu kelebihan la..bab paling suka tentang baju nih..mai akan tunggu emak tengok dia buat baju macamana..boleh sampai terlena-lena tgk emak buat baju depan mesin jahit dia. Bagusnya emak pulak tak marahpun..macam dia memahami yang aku minat dengan menjahit. Syukur..aku bolehlah menjahit baju kurung. Tapi baju kurung ajer..tau yang lain dah ingat2 lupa. Tang memilih fabric pula..ayah la yang beli..kalau dia beli dari Singapore kami cuma pilih warna aje..la. Tang buat kuih pulak paling suka bila emak buat cup cake...dan pastinya cup cake emak tu boleh habis cepat..kalau emak rajin dia buat la lagi time raya2 tu.

Cerita baju dah..kasut dah..kuih dah..ape yer yang belum cerita..ha..juadah raya.. Selalunya yang menu tak pernah missed apalagi ketupat, rendang tok, lodeh dan ayam masak kicap. Ni..hidangan wajib. Kalau terlebih rajin buat lepat, sambal kacang, sambal goreng. Selalunya sebelum orang sembahyang raya di masjid..saya dan adik diberi tugas2 khas..yang memang penat la..apa lagi pergi mengunjung..iaiatu handar hidangan juada raya ni kerumah jiran-jiran..dan makcik2, atuk yang dekat dalam kampung mai...ada kisah yang tak boleh mai lupakan adalah mai hampir kemalangan dengan kereta..dan kalau tak boleh kontrol memang mai dengan angah masuk parit..tapi syukur cuma pedal motor sebelah kanan aje yang terbengkok..terkejut tak usah cakap la..menang tergamam masa tu.. Selalanya bila tugas2 khas ni siap saya akan mandi dan pakailah..pakaian baru..bila dah pakai baju nih..semangat nak jumpa atuk, nenek serta saudara mara yang lain memang la...meluap-luap..paling tension bila dah sesiap nak berjalan..ada orang datang ke rumah..selalunya anak2 saudara ayahlah yang datang..kekadang sampai tertangguh ke tengahari baru boleh beraya rumah atuk..masa tu..muka dah mencuka ajer..dah tak semangat dah..haha sebenarnya banyak lagi kisah best tentang mercun apa yang mai main dengan adik, macamana mai gi berjalan raya sesama kekawan..iaitu mission mengumpul duit raya..horey!! Tapi dah lama tak dapat duit raya..sekarang ni..abang ajelah (suami) yang bagi duit raya...abang tahun ni..duit raya ganda yer..hehe. Bersambung lah kisah nih nanti yer..bye!

Wednesday, September 9, 2009

PergiMu Tanpa Tanda

Sedih hati tidak terungkai
Sesak gelombang dada
menahan sebak, agar titisan air mata ini tidak menjatuhimu
Al-Fatihah terucap dibibir
Memohon kemaafan ilahi agar rohmu..bersama mereka
Para Syuhadak...Abah..16 Ramadhan detik perpisahan duniawi
Kami relakan kau pergi ke Alam Barzakh
Tempat bertemu Dia..
Kau pergi tanpa pamit..tanpa tanda apa-apa
Hari itu..kau ketemukan semua pada saudara yang terpisah..
Jauh dekat..semua hadir mengiringimu..
Abah...Maafkan kami..
Abah....moga kau aman disana...
Saat ini..kami tak lagi mengingati tarikh lahirmu..tapi hari ini akan kekal
untuk menginggatimu...sehingga akhir hayat kami.
Pusaramu..akan ku jaga...
Bacaan Yassin & Tahlil akan kami kirim selalu..
Itulah saja..tanda kasih padaMu...
Abah..walaupun hanya seketika aku mengenalimu...
Kau adalah insan luhur...
Kau adalah insan yang sabar..terima dugaan tuhan
Oleh itu, Tuhan lebih menyayangimu..
wassalam.


Al-Fatihah buat Abah (Ayah mertuaku) Abdul Rashid Bin Awang
Semoga rohnya di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Amin.

Thursday, August 27, 2009

Pergi Tak Akan Kembali





Hari ini pada 27hb Ogos 2009, Kami kehilangan seorang pensyarah yang cukup 'low profile'.
Nama : Dr Rashdi Shah Bin Ahmad
B.Sc. (Houston), M.Sc (UTM), Ph.D (Hokkaido)
Fakulti Sains, UTM
Timbalan Dekan (Keusahawanan) BIP,UTM


Masih teringat..ketika akhir berjumpanya
berbincangkan masalah SKIT..
Beliau seorang yang cepat mesra..dan rendah diri,
Berjumpa denganya tanpa janjitemu..masih lagi beliau boleh mengalu-alukan..
bercakap dengan dialek 'Kedah'
Selalu mengalakkan kami menggunakan 'open source'
Beliau memang cukup pemurah..
Meninggalkan kami ketika 6 Ramdhan..diziarah oleh ramai kenalan dan staff
Meninggalkan seorang balu yang cukup tabah..
Rautnya..penuh dengan ke Redhaan..sambil mendukung si kecil..
3 orang zuriat yang menyambung perjuanganya
Hiba melihat mereka
tersentuh hati ini sebagai seorang perempuan
dapat menyelami dalam..dalam.. lubuk hati yang cukup pedih untuk diterima
Ingin meneruskan penghidupan dan membesarkan anak-anak
Hati ini juga mendoakan yang terbaik untuk aruwah serta keluarganya..
Tersentuh sayu..dan hiba..merintih pada yang Kuasa..
Tika Imam membacakan doa..untuknya..
agar diampun segala dosa-dosanya, dilapangkan kuburnya,
diganjarkan pasangan yang baru yang lebih baik dari pasanganya di dunia,
diganjarkan kehidupan yang lebih baik dari kehidupan didunia..
tika itu..memang sunguh2 mengaminkan agar..rintahan ini diterima.
Selesai solat untuk jenazah..kelihatan bumi dibasahi..air hujan..
tanda kerahmatan mengiringinya..
Insyallah
aminnnn.

Al-Fatihah untuk Allahyarham Dr Rashdi Shah Ahmad

Sunday, August 23, 2009

JAMUAN TANDA KESYUKURAN

Salam guyz..sebenarnya gambar ni dah lama Mai nak upload kat blog nih..malangnya baru semalam saya dapat. Ini adalah majlis yang tak seberapanya dari Mai untuk para sahabat yang dekat ketika Mai berjaya dapat Grant Pre-Seed Fund. Semoga projek tu dipermudahkan segala urusan pengurusan dan juga pembangunan sistemnya dan mendapat kejayaan ..Insyallah. Terima Kasih kepada semua yang datang menyokong Mai. Mai faham ada kala..kekawan ni kita jarang jumpa right..but you all always in my heart..k. Luv you all.

A message About H1N1 To Review

H1N1 INFO
To members of ANAK JOHOR

since ramai yg dh passed away sebab virus nie di malaysia....dan adalah antara yg tertinggi di dunia...dr segi kadar kes dijangkiti dan kematian....read utusan yesterday....hopefully tis can be read again to prevent us from contracting with this virus....


Apa itu H1N1?

Viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dari virus avian flu
(selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah
bergabung dengan swine flu (yang sepatutnya hanya menjangkit ternakan
babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam
'host' yg lebih tinggi di dalam rantaian makanan @ manusia dan semasa di
dalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air
born' dan berjangkit dari manusia kepada manusia.

Jangka Hayat Virus

Oleh kerana ia adalah virus yang air born, ia hanya boleh bertahan di
udara selama 2 hingga 8 jam sahaja, jika selepas tempoh tersebut ia
tidak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.

Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yang
baik....akan 'bersih' dari virus tersebut.

Apa yg perlu anda tahu ?

Asal virus ini

Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di
Mexico tetapi tidak dilaporkan kpd WHO. Kemungkinan outbrake ini telah
dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la
outbrake di Mexico.

Virologi Virus H1N1

Incubation period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 - 4
hari
ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit
pesakit
pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat
dan selewat2nya hari ke-4
H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kepada pesakit yang berisiko,
ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yang normal, ia hanya
akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

Cara Serangan

Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan
Virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan
SARS)
peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal,
ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung
collapse'
ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi

Siapa Yang Berisiko


1.Orang yang ada masaalah 'obesiti' @ gemok
2. Perempuan yang mengandung
3 .Orang yang ada astmatic
4 . Orang2 yang bermasalah dengan sistem imunisasi ( menjalani
'operation yg besar', kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi,
golongan2 yang rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)
* Kematian yang telah dilaporkan terdiri daripada golongan-golongan di
atas


Simptom2

Day 1 - Rasa kurang sihat, tak bermaya
Day 2 - Selsema, batuk dan demam yang kekal ( demam tidak turun walaupun
telah mkn ubat demam)
Day 3 - Rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
Day 4 - Sakit dada yang teruk....jumpa doktor dengan segera
Day 5 - And above lung collapse @ koma


Langkah-langkah Kawalan


1 - Golongan-golongan yang berisiko, elakkan daripada kesesakan (
kawasan yang padat dengan orang ramai)

2 - Menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dengan betul, jaga
kebersihan rumah dan persekitaran

3 - Elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'

4 - Jika kurang sihat, elakkan diri dari beraktiviti (sosial dan
berkumpulan)

5 - Jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema
biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai. Jika terpaksa, pakai
'mask' (sekurang2nya 3 ply mask)

6 - Untuk orang yang sihat, elakkan dari kawasan yang padat.

7 - Jika ada tanda2 simptom di atas, segera ke hospital untuk
pemeriksaan dan rawatan

8 - Jika sihat, jangan ke hospital atau klinik untuk 'checkup' kerana di
kawasan tersebut mengandungi banyak virus.

9 - Tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubat influenza!! jika sihat dan
mengambilnya, akan mengakibatkan resistan kepada vaksin @ ubat2 untuk
merawat jika terkena jangkitan. Ini adalah kerana berlakunya resistansi
virus terhadap persekitaran badan yang telah mengambil ubat2 tersebut
terlebih awal.

10 - Vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada Oktober dan hanya untuk
'frontliner' sahaja dan untuk awam selewat2nya pada 2010.

11- Untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal sahaja
di Malaysia. Mengambil masa 6 jam untuk run test kepada 1 batch sample.
Jika klinik menyatakan mereka boleh jalankan ujian, itu tidak betul. Tak
perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.

12 - Tahap kesedaran dan pengetahuan yang tinggi amat perlu untuk kita
sama-sama menghadapi outbreak ini. Sama2lah kita berdoa kepada ALLAH
s.w.t agar bala ini cepat berlalu.
Amin.

Ini adalah sumber dari taklimat H1N1 oleh Pengarah Kawalan Penyakit
Berjangkit dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Friday, August 14, 2009

PIKOM SEMINAR_14TH AUGUST 2009

PIKOM SEMINAR..this is my first time to joint it..very exciting because get a new network and get a new knowledge. 'Learn with others' that is my objective. I saw a few members from Pre-Seed Fund Programme recipients. This seminar is very focus to get awareness from the participant about the IT Opportunities, product needs in the market, the trends, the governments support and the most important is the person who in industry. PIKOM is the place who want to know the ICT in Malaysia. It about the market, the trend and others . PIKOM was release a book which reports all the information need to running the IT businesses. When I look at myself, 'are you can take this challenges to become a women IT entrepreneur? compete to them..very smart, nice good looking, very affluence and excellent in their English, confident, and etc..then I said to myself..'yes I am..why? No women around them..if..have just their Assistant..so, this is your opportunities'. This picture I take with Kak Hanan, from Chempaka Putih Sdn Bhd. The event was organized at The Puteri Pacific Hotel. Besides that have a PC Fair at Persada Johor, so you guz come to get your special price there.

This is my pic with Kak Hanan..She is very brave, spritied..a lots to learn with her.

This is also have double ceremony to Cyberport Johor for celebrate their 3rd anniversary..


YB Tan Kok Hong (Johor State Exco for International Trade & INdustry, Energy, Water and Communications and Environment), YB Sarikon (Chairman of Johor Cyberport), Mr Ganesh Kumar Bangah (MD of Johor Cyberport) and the staff.

Tuesday, August 4, 2009

Renovation on going in progress

Pejabat ini berkonsepkan "violet, grey and yellow". Pilihan warna dan design ni..hasil perbincangan Mai dan Suami.

Kisah Kamera dan Bilik serta pengajaranya

Pada hari Jumaat yang lepas iaitu 31 Julai 2009, aku dilanda musibbah yang memang kecuaian diri. Pintu bilik dah terkunci sedangkan kunci bilik masih lagi didalam bilik. Suami tak ada pula (Kursus Induksi)..sambil menuju tangga untuk pergi ke pejabat..merungut dalam hati..hai alamatnyer aku kena keluar duit panggil master key datang untuk minta bukakan pintu bilik. Dengan perasaan cool tu..mengeluh juga di depan Bibik..hey apalah nak jadi dah semalam kamera terendam dengan air yang tumpah di tempat hand break kereta, hari ni..kunci pulak. Memang saya akui saya agak tension selepas present projek depan En Norhashim. 2 hari masa saya terbuang macam tu saje tak leh fokus..pedas dan berbisa tu..ayat2 yang sepatutnya saya tak dapat...emrm anyway now dah recovered pun.

Ok berbalik kisah saya dengan kamera dan kunci tu..pada hari jumaat tu juga saya dapat penyelesaianya dengan mudah tanpa mengeluarkan sesen duit poket saya. Syukur Alhamdulillah. Saya rasa berkat menolong orang dengan ikhlas dan mengembirakan hati ibu, so Allah gembirakan juga hati saya dengan penyelesaian yang cukup mudah. Kamera saya tak rosak sedangkan ketika itu dah hantar ke Conon Center untuk diperbaiki, dan suami saya ada kunci pendua yang diletakkan di tempat lain.

Sunday, July 19, 2009

LPU3: LATIHAN PEMBANGUNAN USAHAWAN MARA

Salam, agak lama rasanya tak update blog nih..sebenarnya seminggu saya diwajibkan menjalani Latihan Pembangunan Usahawan Modul3 di Langkawi untuk memenuhi syarat Master nih..kali ini rombongan SKIT 7 nih bergabung dengan dak MOST 5 dari UUM. Meriah..sesangat..tapi tu la.. lama sangat tinggalkan anak2 dan suami 8 hari lamanya. Cabaranya sudah terasa apabila kami terpaksa naik bas UTM ke Kuala Perlis dan menariki feri untuk sampai di Langkawi. Menempuhi perjalanan yang cukup panjang iaitu 12jam. Kami pasti masa kami cukup tight untuk LPU ini so, setiap masa yang terluang akan kami manfaatkan bebetul dengan melawat di tempat2 yang menarik dan terpilih sahaja, shopping dan yang paling penting penyediaan RP (Rancangan perniagaan) yang Alhamdulillah mengikut jadual yang ditetapkan. Tapi biasalah tak cukup tidur untuk memastikan hasilnya berkualiti. Habis kami satu kelas kena virus selsema..yang asalnya disebarkan oleh Isma (classmate mai dari SKIT7) dan seterusnya menjangkit hingga ke dak MOST 5 UUM. Tapi bagi diri Mai tidak menjadi satu kemestian untuk melawat tempat di Langkawi ini, kerana pada awal tahun sekitar Feb 2009 Mai dan family dan melawat habis kawasan Langkawi ini kecuali Tasik Dayang Bunting. Fokus Mai lebih kepada objektif LPU itu sendiri. Fasilitator yang berpengalaman yang dilantik oleh MARA memberikan komitment yang baik bagi memastikan kami menyediakan RP yang lengkap. Fasilatator yang tak asing lagi ialah En Mohar (Akan mengajar kami sem ini untuk subject marketing & sales) serta pembantunya En Najib yang memang bergalaman di bidang financial & acaunting . Syukur rasanya kami dah boleh siapkan RP dengan siap unjuran financial dengan baik. Hehe..

Sepanjang tinggal di Langkawi kami menginap di Chandek Kura Hotel, Kedawang iaitu di kawasan perkampungan sawah padi yang terletak di antara Kuah dan Pantai Chenang. Mai sebilik dengan Aini dan didalam perjalananpun pergi dan balik juga duduk bersama Aini.

Pada hari Rabu (15hb July 2009) kami semua ada pembentangan di depan ahli panel MARA dan MDEC untuk menilai projek kami ini. Di dalam projek idea ini hanya Mai dan Murni dari SKIT7 UTM yang berjaya mendapat Pre-Seed Fund, MDEC. Tujuan pembentangan ini juga ingin membantu untuk mendapatkan grant atau pinjaman yang lain dari agensi-agensi ini. Harap-harap kumpulan kami ini mendapat laluan mudah untuk mendapatkan pinjaman ataupun grant-grant kerajaan yang sememangnya banyak..dan kita hendaklah merebutnya. Sabar itu usaha kejayaan.. Kepada kekawan MOST 5 UUM dan SKIT 7 UTM tahniah kerana berjaya menamatkan kursus ini dengan jayanya..pastinya ianya satu kenangan dan pengalaman yang amat berharga. Good Luck..everybody!!

Wednesday, July 1, 2009

Final Presentation for Prototype and Business Strategies

Hi..friend's I'm back..sorry lama dah tak update this blog..sebenarnya amat sibuk dengan urusan pengurusan pejabat baru dan design all the things about my project master. Anyway tomorrow I have a final presentation for the short sem and hope the pitch will be smooth and good.

Saturday, June 6, 2009

KARNIVAL HALAL JOHOR 2009

Coming soon report to you!!!...wait ok..

And Sharing info from Ann Wang Seng..a writer " Rahsia Business Orang Cina"...coming soon I write for yours..k

And..what is the concept of 'Jihat Business' by YB Tan Sri Dato' Mohamad Ali (Johor Corp.)...

so...see you on my reporting...bye bye

Majlis Opening Untuk Carwash ditunda

Salam semua sahabat..nak buat announcement..Majlis opening pada esok 7hb Jun 2009 ditunda pada minggu hadapan dan akan diberitahu tarikh dan masa ok..Maaf ye..semua.

Monday, June 1, 2009

31hb May 2009- Wedding Ceremony For Mr Ahmad Shah BIP,UTM


Terlebih dahulu Mai ucapkan tahniah...kepada En Shah kita ni..saya selaku wakil SKIT 7 datang ke Majlis beliau..tengok ok meriah dengan sanak-saudara beliau. Yang bestnya..time Mai wish tahniah kepada beliau dan isteri sempat lagi bertanyakan kenapa Mai tak pergi KL..emm Mai kata ada urusan TNB, Agreements dan hal-hal pejabat yang perlu Mai uruskan.

Tentulah Mai merasakan satu kerugian kerana tidak dapat menyertai sidang Conference di sana..terasa rugi sangat. Tapi berbalik kepada hukum alam lah..tak semua yang kita nakkan itu dapat..terpaksa korbankan salah satu..Urusan agreement Mai dengan pemilik kedai tak dapat diselesaikan pada hari Jumaat yang lepas..terpaksa disambung dengan Isnin nih..1 Jun 2009. Selepas itu, barulah boleh uruskan TNB, SAJ dan juga renovation. Apa-apapun Mai harap rakan-rakan (SKIT 7) yang pergi ke Conference tu boleh share ilmu dengan Mai ye..hehe

Disini mai sertakan secara life..senyuman En Shah kita semasa nak memulakan acara makan berdamai semalam..semoga kekawan yang tak dapat hadir boleh tengok..oleh-oleh dari Mai.

Thursday, May 28, 2009

URBAN HEADLINE SDN BHD

Finally, I form my business corporation company..named URBAN HEADLINE SDN BHD (854182-T). My company will be operate at:
N0. B-01-09, Jalan Sri Pulai Perdana 11/6,
Taman Sri Pulai Perdana,
81110 Kangkar Pulai,
Johor Darul Ta'zim.

I hope, my way to get blessing from ALLAH and success.

SAAT KENANGAN PRESENTATION FINAL GRANT MDEC


Salam hormat semuanya, pertama kalinya Mai berkongsi kenangan bersama En Mohd Nuruddin, one of my team member semasa final presentation Grant MDEC, di MMU, Puterajaya (MSC). Penghargaan yang tak berbelah bagi..untuk partner mai ni..hehe

Wednesday, May 20, 2009

MASA UNTUK BALAS SERANGAN...

Hai..Salam semua..dah seminggu Mai tak update cerita..hari ini Mai nak share cerita tentang semalam..kami beramai2 membalas serangan kepada nyamuk..Semalam 1 kawasan perumahan Mai diadakan semburan untuk nyamuk (fogging)daripada Unit Kesihatan, MPJBT. Semoga tiada lagi kes serangan nyamuk aedes..yang membolehkan seseorang itu bila terkena gigitannya akan mengalami demam denggi. Ini adalah pemandangan rumah yang kena fogging semalam..Mai capture dari tingkat atas.

Saturday, May 16, 2009

TEACHERS DAY..HAPPY TEACHERS DAY!

Hai friends..16th may very year..this is one of the important date for me..coz TEACHERS DAY..
First I want to wish to all my lecturers at UTM from FAB and my current lecturers at FSKSM, UTM especially for Dr Zaidi, Dr Is, Dr Shahizan, Dr Shahrizal, Prof Zaki..from FPPSM, UTM..sape lagi..'bapak kita' PM Dr. Hassan kenapa panggil 'bapak' coz selalu dia layan kami..kami boleh mengadu apa saja..tentang hal2 kebajikan dan sebagainya..supervisor saya En Ahamad Zaidi..semoga kalian dipanjangkan umur and kesihatan..boleh ajar kami lagi..dengan ilmu dan tips..berguna untuk kami..(SKIT 7)..

Tidak dilupakan Cikgu2 kesayangan SMPB 1989-1993..surely ada yang dah pindah..tapi antara nama-nama cikgu yang diingatan ini adalah Cikgu Jamiran (Pendidikan Seni), Cikgu Saadiah (Math), Cikgu Aishah (jasmani & kesihatan, Puteri Islam), Cikgu Wahab (Math Ting 3), Cikgu Ibrahim (bahasa Melayu ting 3), Ustazah Habsah (Agama, Rumah ledang), Ustaz Muhammad, Cikgu Jamiah, cikgu Rosmawati (Akaun ting 4-5), Cikgu Basar (P. Akaun ting 1-2), Cikgu Rahim (Sejarah Ting 5), Cikgu Ishak (Geog, Sidang Redaksi majalah sekolah), Ustaz Kadir (Agama ting 5), Cikgu Mohd Kalid (Guru pen. Kanan 1), Cikgu Sattar (kicap Jalen) (BM Ting 2), Cikgu Sattar Aziz (Guru Pen. Kanan 2, selalu bagi motivasi), Cikgu Hasni (Kaunselling), Cikgu Bachok (pengetua), Cikgu Norizan (Sains Ting 4-5), Cikgu Chua (sains ting 3), Cikgu Buang (English), dan pada mereka yang Mai tertinggal nama 'I am Sorry...suka akan mee kari"..hehe

Satu event yang berlangsung pada 15hb Mei 2009 semalam Majlis sambutan hari guru di NURI Sri Pulai Perdana..tiba masanya untuk Mai ajar anak2 agar menghargai Jasa Guru..



Friday, May 15, 2009

SEMINAR MAKANAN HALAL 2009 DI PESADA, JB

Seminar Makanan Halal 2009 telah berlangsung pada 14hb Mei 2009 di Pesada, Johor. Seminar ini adalah pendedahan awal saya berkenaan Produk makanan halal. Banyak peluang yang boleh direbut selaku usahawan ICT seperti saya. Banyak contents yang boleh dikongsikan..tapi memerlukan masa untuk membuat draf report. Oleh yang demikian seperti biasa kepada sesiapa berkenaan yang berminat boleh email terus kepada saya. Seminar ini dirasmikan oleh Ybhg Dato' Mukhriz Tun Mahathir selaku Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Malaysia.

CHANGE MY SECOND APPLICANT FOR PRE-SEED FUND (TPF) PROGRAMME



Salam semua, hari ini saya gembira mengumumkan, En Chairil Anwar Mohd Akhir menjadi my second applicant for Pre-Seed Fund Programme (TPF), MDEC. Hari ini juga Mai telah membuat surat cadangan kepada Cik Haslinda Bakar perkenaan hal ini. Akhirnya setelah pening kepala..(mujur tak migran), tidur pun tak lena..makan?..emm pastinya kenyang..hehe memikirkan siapalah yang boleh menggantikan Mohd Nuruddin (menarik diri)daripada program ini. Setelah dipersetujui oleh management team yang lain, Saudara Chai diterima menjadi ahli management yang baru. Oleh yang demikian, team member inilah yang akan bertanggungjawab di dalam memastikan product 3MSYSTEM ini berjalan lancar. Kami juga memerlukan sokongan anda. Projek ini juga memerlukan kami membentuk syarikat sdn bhd. Nama syarikat kami adalah Urban Headline Sdn Bhd 854182-T.

Saturday, May 9, 2009

DEMAM DENGGI

Hari ini 9hb Mei 2009, Mai ada appointment penting bersama Supervisor (Dr Mohd. Shahizan). Memang dah lama sangat tak jumpa dia..oleh kerana bz dengan persiapan final presentation MDEC yang lepas dan terus untuk menyiapkan segala aasignment..setelah assignment terakhir siap, Mai pula bz dengan preparation pendaftaran syarikat sdn bhd dan perjanjian untuk urusan grant MDEC. Tetapi, Mai terpaksa batalkan perjumpaan tersebut, kerana terpaksa mengurusan suami ke hospital kerana deman yang berpanjangan..dan doktor mengesahkanya kena demam denggi.Appapun Mai harapkan ianya di dalam kawalan. Hopefully next week should be ok..and can concentrate to my prototype development.


Wednesday, May 6, 2009

Last Assignment was done!

Akhirnya..setelah 2 hari menyiapkan draf laporan dan presentation slide, Mai dan ahli kumpulan yang lain iaitu Aini dan Fana dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Harap En Ahmad Zaidi cukup berpuas hati dengan submission itu nanti. Tahniah semua..kali ini tak rasa stress langsung semasa proses penyediaanya. Sebab kami dah prepare dari awal dan semuanya mengikut jadual yang ditetapkan...memang betul lah..emmm KENA INGAT NIH....notice!!

Thursday, April 30, 2009

Tuesday, April 28, 2009

SINPOSIUM USAHAWAN BUMIPUTERA

Simpasium Usahawan Bumiputra anjuran Perbadanan Nasional Berhad (PNB) satu nama yang agak sinonim dengan orang Melayu atau Bumiputera. Bertempat di Padang Angsana pada 26hb April 2009. Saya serta rakan SKIT 7 yang lain mewakili usahawan IT dari KUT-MARA. Syukur saya diberi peluang untuk menyertainya. Simpasium ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Mukhriz Tun Mahathir. Bangga rasa dapat berdepan dan bersalam denganya. Hanya tersenyum dan tergamam tanpa berkata-kata..itulah perasaan Mai ketika itu. Banyak sungguh Information yang hendak dikongsi. Selain daripada mendekatkan PNB dengan para usahawan baru seperti kami, satu pengalaman usahawan yang telah berjaya dikongsi cerita cukup menarik. Pengalam yang mereka konsikan ini cukup mahal untuk dapat didengar di mana-mana. Cukup rasa bertuah kerana Mai dapat mendengarnya. Pelbagai tips diberikan dan ilmu yang amat berharga mereka berikan. Oleh yang demikian kita dapat belajar dari mereka yang benar-benar di dalam industri atau bidang keusahawanan. Di antaranya Dato' Amer (pemilik rangkaian Mydin), En Jamaludin (Pengarah Urusan KFC Holding), Pn Noraini Soltan (CEO Sipro Plastic Sdn Bhd) dan Tengku Rozidar (Rangkaian Hotdog 1901).

Bagaimanapun, bagi mereka yang berminat ingin mengetahui 'content of the speech' Mai ada buat satu Laporan Simpasium Bumiputera PNB-MIDF 2009 ini. Sila fowardkan email anda ke maiyanti@gmail.com atau tinggalkan massage anda di cbox blog Mai ini, untuk saya attach the file.

NATIONAL BUMIPUTRA ENTEPRNUAR CONFERENCE & EXHIBITION 25TH APRIL 2009

Conference ini diadakan di Hotel Grand Paragon, JB.

1. En Sohaimi Shahdan (Exco UMNO Malaysia & Pegawai Khas Menteri (MOA) dan Penasihat NBECE’09 & Pengerusi Asean Young Entreprenurs (A-YES)

· KENAPA NAK NIAGA?

o Nak dapat income lebih.

o Boleh tolong orang

o Keputusan atas diri kita sendiri. Jadi boss!

· En Sohaimi, telah berniaga di Indonesia.

· NETWORKING, adalah penting bagi usahawan. Cara mengembangkan networking melalui konferen dan sebagainya.

· REZEKI TUMPANG MENUMPANG tidak kira jenis dan skala perniagaan adalah sama rata. Persepsi bila, usahawan yang dah Berjaya..harus juga humble sesame manusia.

· Matematik usahawan melayu ni..fail. Tang Tolak dan Bahagi sosah nak buat.

· Kena menguasai (kena berilmu dan pengetahuan)

· Perniagaan ini kena ada peningkatan..

· Bila patut mula niaga

o Business start awal..area umur 20an.

o Ikut dari contoh perniaga yang Berjaya..jangan belajar mereka yang telah yang gagal dan dari andaian-andaian negative.

o Contact, networking, kepakaran..backup business adalah company lama

· Kena Target..dalam business sharp..dan focus.

· Tamak...jangan tamak...sebab tak focus. (Pengurusan tak betul, tak focus, )

· Kena creative dalam perancangan dan pengurusan.

· Kena ada belajar..ilmu juga.

· Pandai mencatur untuk segala pengurusan.

· Dalam peniagaan kena kenal organisasi dari atas hingga le ke bawah.

· Price product :kena lebih murah tapi untung.

· Place: penting dan strategic serta cawangan.

· Marketing: Kena unik daripada orang lain.

· Kena buat tindakan hari ini...UNTUK MENJADI USAHAWAN YANG BERJAYA.

· Buat Fac finding sebanyak mungkin untuk dianalisa samaada perniagaan yang hendak dibuat nih..samada ok atau tak...Market study..dsb.

· Kena Rajin baca buku...ILMU itu penting untuk menjadi entreprenuare.

· Analisa kalau perniagaan tak Berjaya atau ada perkara yang perlu action .

· Francais : perniagaan yang selamat..tanpa knowledge..pun boleh niaga.

· Kisah seorg budak naik bas ke Penang, (Ipoh)Ingat dalam mind...hahah kelakar satu dewan ketawa.

§ Massage kena jelas,tepat dan betul.

· Pembabitan politik dari segi networking dan access

§ NGO _dewan perniagaan (Syed Ali Al-Attas)

§ GPMS- guna untuk maklumat

§ Organisasi politik –networking dan kreativiti


HP: 016-6666655

Kementerian Asas Tani, Tingkat 17, Putrajaya.

Saturday, April 25, 2009

JAMUAN LUNCH TIME

Pada 23hb April yang lepas, Mai mengadakan Jamuan Lunch Time untuk semua pensyarah yang terlibat dengan SKIT 7, Pihak Pengurusan BIP dan juga teman-teman seperjuangan di SKIT 7 dan 6 serta kekawan di UGiSP-ANR. Syukur majlis berjalan dengan lancar. Diharapkan para tetamu yang hadir berpuashati dengan layanan dan juga juadah yang disediakan.

Wednesday, April 22, 2009

Taklimat Cradle Investment Programme (CIP)

Cradle Investment Programme (CIP) adalah program yang pertama untuk geran bantuan untuk idea-idea yang berkaitan teknologi di Malaysia. bantuan geran ini sehinga maxima 150k bagi setiap cadangan idea yang telah diluluskan. Program CIP ini diuruskan oleh Cradle Fund Sdn Bhd yang ditaja oleh Kementerian Kewangan. Badan ini bertujuan untuk membantu dan bukan bersifat untuk meraih keuntungan. Program ini cukup sesuai untuk para-para usahawan untuk meluaskan lagi perniagaan mereka.

Invesment focus Cradle Fund Sdn Bhd ini adalah bagi perniagaan atau bukan berniagaan (Research study) di dalam bidang ICT dan Non-ICT. Selain daripada untuk pembangunan idea produk, ianya juga membantu dari segi Advanced manufacturing (related with technology), Renewable enargy/waste and recycaling technologies, High technologis consumer & business product.

Programme offer from cradle are:
1. Grant
2. Market validation
3. Commercial exposure
4. Proven Developmental structure & Serizes

Cradle are the developmental partners. Partner for Industry, funding and commercialization.

The process how to get this fund?
1. Application and evaluation process
2. Recommandation and approval process
3. Reimbursement and mentoring process

How to apply?
Just go to the website : www.cradle.com.my
Helpline: email: enquiries@cradle.com.my
and Batch close 3rd Monday of Every month.


Tuesday, April 21, 2009

Presentation Asignment Prof Zaki Pada 21hb April 2009

Hari ini bermula 9.15pagi..Mai and the group member's (Fana and Yana) memulakan kerja-kerja semakan terakhir dan penyediaan slide presentation. Masa nih..Mai tak letakkan target dapat siap tapi just cuba yang terbaik..almaklmum presentation time 2.30ptg di Bilik Seminar, BIP,UTM. Kami memang ada task masing-masing tapi bila part membuat linkage data tuh..yang kena huru-hara sikit. Tapi bila tengok Yana dan Fana rajin dan bersemangat aku yakin yang kami buat ini adalah yang terbaik yang kami boleh hasilkan. Cayalah korang now..Mai tahu lah..part mana yang you all nih memang power..bolehpun...Anyway kita dah buat yang terbaik tadi..I proud with both of you girl..and I think..memang kita serasi..what do you think? hehe..so next time can co-operate again..I like!!

Task kami nih..untuk membuat satu proposal project consultancy with Bulgaria Company (Agrobiotech Park Ltd) di Sephia, Bulgaria. Macam Lifeproject.. .Ini ketiga-tiga Board Of Director..ZEST TECHNOLOGIST SDN BHD..


Thursday, April 16, 2009

Approve Committee MDEC for Pre Seed Fund

Hari ni setelah kekeringan idea untuk membuat report assignment Prof Zaki, Mai saja dok cerita pasal kejayaan Mai mendapat Grant Pre Seed Fund 150k oleh MDEC. Cerita memang dah basi di kalangan kekawan SKIT7, UTM..tapi saja nak share disebalik kejayaan ini cukup manis bila Mai flashback sepanjang penjalanan dan proses-proses untuk mendapatkanya ini..Pada kawan yang memang akrab tahu tentang apa kesukaran demi kesukaran yang Mai hadapi. Banyak 'milestone' yang kena Mai lalui..bila dilistkan hemm memanglah berbaloi sangat untuk anugerah yang memang Allah nak bagi ini. Apapun rahsia dia cukup mudah..apa yang Mai pegang adalah..Mai fokus memang nak dapat 150k..azam ini memang Mai tekad dan semat dalam hati sejak..kelas Dr Zaidi dan Dr Is cakap di kelas Projek1.."sesiapa yang tak dapat PSF tak dapat A.." rasanya kenyataan ini cukup kejam..pada kami satu kelas ni..tapi memang kami semua memang bersemanggat dan berkobar-kobar..nah..sekarang hasilnya..dari tergagap buat perbentangan..jadi dah biasa dan lancar sahaja..Thanks..Dr Is and Dr Zaidi..kalau tak dengan arahan 'ala-ala Hitler" tak ler..Mai sampai di peringkat ini.

Setiap komen ahli panel dari Interim 1 hingga 3 memang jadikan panduan sanggat dan olah the basic idea of product yang mai ada tuh..dari mereka tak faham..menjadikan mereka faham apa idea yang Mai cuba buat. Pada hujung semester 1 kami hantar idea report ke MDEC untuk nak dapatkan grant 150k. First presentation with MDEC at BIP, UTM on early Feb 09, (not remember the date) was rejected but selected to resubmission. Pertengahan Feb 09, Mai dipanggil untuk Bengkel MDEC untuk pembaikan idea yang kena resubmission. Rasa suka sangat dapat peluang ini..dah dari hari itu memang Mai dah semat dalam hati yang Mai mesti ready to get 150k tu..Di bengkel inilah (Hotel Regency, PD) segala bermula bila Encik Ritakamal suruh ubah Mai nyer Target Marketplace. Bila ubah sebenarnya banyak kena ubah..Mai tak cakap dengan dia tak boleh..tapi Mai cuba untuk dapatkan data dulu..and lucky..I get the data so easy from Mr Edwin Syamsul (Ministry of Plantation & Comodity)..Alhamdulillah..di sini Mai dah letak harapan 50% kejayaan dah ada ditangan..Masa kat Bengkel MDEC tu..within 2 day Mai kena ubah Mai nyer Market study..and prepare the slide presenation for 10 minit technical committee approval. Masa buat reheasal di sana..Mai nyer presentation tak dapat pitch dalam 10 minit..and comment En Rik (Ritakamal) Mai nyer presentation tak feel plantation field's and lemah kat problems. So, I take the note..and try to make nicely.

Affter done to joining the workshope, on the 5th March 2009 I must present to Technical Approval at Nikko Hotel. This time Mai kena bawak second applicant..wajib. Ada mis-communications dengan Mai nyer second aplicant..dia dok di tempat yang lain dari hotel yang mai menginap..sudah..haru nak gi ke Nikko mana reti..Mai pun tanya ler orang untuk sampai ke sana..dengan menggunakan PUTRA. Akhirnya sampai kat Nikko on the dot..but Mai masa tu tak panik..cool saja..kalu tida surely..habis semua yang nak dipresent..kang tank smooth. Mai nyer giliran yang ke 2..so tak ler..boring menunggu turn. Bila masuk di bilik meeting ni..agar berdebar hinggakan slide terlompat-lompat dan ada tersasul wording yang nak dicakap..but bila tengok respon soalan ahli panel amat memberangsangkan dan macam ada harapan. Soalan banyak ditanya tentang pricing..2 hari lepas presentation dah dapat keputusan..yang saya proceed to committee approval (akhir)..di peringkat ini saya hanya kena present 5 minit sahaja. Tengok gaya memang lebih mencabar dari technical approval.

2 hari lepas balik dari KL ada something happen yang memang tak terduga oleh akal fikiran Mai..rumah dipecah masuk perompak..mereka ambik notebook, hp, duit dan sedikit barang kemas Mai..aduh! terduduk..termenung seketika..tak keluar air mata..cuba..lemah..bila mengenangkan banyak data yang hilang bersama notebook yang hilang itu..Tapi Mai tetap cool pasti ada ganjaran yang cukup hebat yang Allah nak bagi pada Mai sebab besar sungguh ujian dia..mujur mai ada backup file tapi pada Bulan Feb 2009..so, kerja-kerja mai sepanjang Mac 09 memang tak ada backup..memang Mai akui rasa lost sangat..so assignment Mai buat ikut done je lah..Sepanjang Mac memang Mai blur sangat..but on April semangat dah kian pulih..fokus balik pada get Pre Seed Fund..syukur nyer MDEC pun tak panggil lagi untuk presentation final..akhirnya pada 15hb April memang tarikh keramat..dah keramat memang crem..apa tak nyer assognment lagi..13hb April Final presentation for Project2, prof zaki lagi pada 14th April. Alhamdulillah semuanya berjalan mengikut jadual. Presentation project2 banyak membantu saya untuk polish up saya nyer pitch di MDEC nanti. On 14th April presentation with prof zaki di tangguhkan pad 21th April..so Mai bertolak ke KL pada 14 tuh..kul 2ptg dengan kereta UTM. Sampai jer..hotel makan and berlatih..Murni rakan seperjuangan pun lagi dasyat..dia memang kata orang cuma syarat jer..nih present memang dah sure dapat..cuma Mai berkata dihati kecil Mai..Mai nak gak macam Murni..Kalau orang lain boleh aku juga boleh..

Pagi 15hb April 09, Pagi yang cukup bersemangat untuk Mai..walaupun Mai turn ke-7, tapi Mai suka this number..hopefully ada luck..Alhamdulillah masa present..i did well and paling best masa questions and answer session..soalan bertalu-talu..memang tak de masa nak pass kat Mai nyer second applicant tuk jawab..semua soalan tuh..memang mai jawab. Kalau masa technical approval siap ler..bincang or pass to my second applicant..nih..pandang pun tak..tapi tengok respons dari ahli panel..memang best..aura yang positif..dah ada. Semua jawapan mai tu mai kaitkan dengan masalah semasa dan bagi contoh-contoh..untuk ahli panel jelas dan faham. Alhamdulillah ahli panel berpuas hati untuk meluluskan Mai..Syukur ya Allah kau terima doaku..amin.