Saturday, March 21, 2009

hujung minggu yag agak sibuk

Hari ini sepatutnya janji dengan kak Shifah joint Seminar THE RIGHTS kat M- SUITE tuh..emm tapi pepagi uruskan hal Iman di NURI and hantar kakak ke Piano kelas..sampai rumah..emm berhabuk..orang pasang grill tak habis lagi..emm so terus masak untuk tengahari..selesai baru buat assignment..

Semalam jumpa Mentor get the Manual of Palm Oil Plantations Mangement..so this day buat analysis data..emm a lots to do..but I try..and study pasal google earth or GIS open source..hopefully on monday dah boleh tunjuk Dr Shahizan work flow and data level for the system...emm mencabar nih..

COLOQIUM PRODUCT DESIGN

Sedih aje colloqium nih..macam tak well prepared..penyertaan juga sedikit..ke memang sedikit saya tak tau..tapi SKIT 7 pun yang hadir hanya Saya, K Shifah dan Aini. Mai sempat merakamkan gambar kenangan ketika di Kolloqium tersebut bersama Aini.

Permulaan yang agar lambat dan tempat juga ada masalah teknikal..so kami kena berpindah randah. Prof. Dr. Lois Vergeest, The Faculty of Industrial Design Engineering, TUDelft, Nederlands. Permulaan yang agak menarik..siap google earth lagi..emm memula topic approch lebih sesuai lecturer yang attends..sebab membincangkan tentang subject approch jer. Yang Pukul 2pm kami dah tak ikut coz, dah nak g M Suite untu majlis AURA 2008 tuh..


Sebagai usahawan yang selalu mencari peluang dan ruang serta innovative baru, kita in the right track..engineering + IT sekarang ini adalah trendnya..menurut prof. Vergeest.

Ini gambar Prof. Vergeest, semasa beliau menyampaikan pembenatanganya pada hari pertama.

MAJLIS ANUGERAH USAHAWAN NEGERI JOHOR (AURA) 2008

Alhamdullillah pada 18hb Mac 2009, kami SKIT7 dijemput oleh pihak MARA untuk menghadiri majis penganugerahan Usahawan terbaik yang diadakan setiap tahun, kali ini saya bersama rakan-rakan yang lain berpeluang untuk menyaksikan kejayaan-kejayaan yang telah dicipta oleh usahawan terbilang bimbingan dan tajaan MARA mengikut kategori. Bila melihat biodata mereka, ianya membukakan minda saya..walau anda berada tidak kira di kampung ke dibandar ker..jika ada kesungguhan pastinya kejayaan boleh dikecapi..yang amat memberikan saya satu tamparan adalah rakan sepermainan saya lagi..hanya menternak ayam..di kampung tapi boleh menjana pendapatan jutaaan ringgit dan pendapatan bersih dia pada tahun lepas RM360,000.00. Wow..! ada yang paling best saya nak share dengan anda, usahawan ni menang kategori usahawan muda hanya kedai mini market..2 lot kedai..tgk dari depanpun ala-ala biasa..tapi yang membuatkan saya terkejut adalah pendapatan tahunan dia adalah 17juta..pendapatan bersih dia..4juta..di Senggarang. Rasa macam nak terbang g balik kampung nak tengok kedai usahawan ni... So SKITTERS..termasuklah diri saya sendiri..cukup tercabar..dan buktikan pada diri kita yang kita juga mampu berjaya seperti mereka..Insyallah.

Ini adalah gambar barisan usahawan-usahawan yang menerima anugerah pada petang tersebut. TAHNIAH....Saya amat bangga dengan jatidiri kalian..




Mai sempat mengambil gambar possing bersama Kak Shifah sebelum majlis bermula..








Antara kawan SKIT 7 yang menyertai Majlis AURA ini.

Monday, March 16, 2009

ASSIGNMENT Web design and Wire Frame

Salam Buat Dr Shahizan, terlebih dahulu "I'm Sorry.." (ala-ala Amir Raja Lawak). Assginment ni lambat saya upload..maklum ada kejadian yang tidak diingini telah berlaku pada 7hb March 2009 ari tu..

a) Wire Frame












b) Web Design

Dalam tugasan ini kami dikehendaki mengambil salah satu web templet sediada dan edit mengikut kehendak memasing. So dibawah ini hasil tugasan saya..hehe

Tuesday, March 3, 2009

PRESENTATION MDEC AT NIKKO HOTEL

Pada 5hb MAC 2005, Mai ada event besar..penting sangat..iaitu presentation to MDEC d Nikko Hotel untuk nak dapatkan Gran Pre Seed Fund 150k..Hopefully Ma dapat deliver dengan baik. Slide presentation dah settle tinggal pitch jer..Insyallah boleh buat..yang lebih tu Tawakal jer.

K mai...from zero to hero...you can do it...go go! :)

KELAS ANIMATIONS -ORANG LIDI


Minggu ni kelas ke2 untuk Animation (IT PRODUCT)..best dapat design orang lidi dalam Micomedia Flash x..this for the 1st stage..orang lidi tak complete lagi..nanti akan diuploadkan yang dah complete. Menarik..sangat rasa macam boleh jer..lawan upin & ipin nih..hehe

DR Shahizan.."I'm Sorry.. (ala-ala Amir Raja lawak ke3)..lambat nak upload..kena asma tak bebaik lagi..tapi dah clear dah ada 2 tugasan belum upload kat blog ni..

So, Dr Shahizan..ini tugasan orang lidi yang dimaksudkan..OK tak?..

CRYPTOGRAPHY & SECURITY APPLICATION Dan MTE

Minggu nih..amat bz..selepas hadir kuliah 17hb Feb 2009 malam kul 10, Mai bersama dak kelas SKIT7 bertolah ke KL untuk menghadiri seminar berkenaan Cryptograph & Security Aplications, kumpulan penyelidik dari University of london datang ke KL. Seminar tu agak membosankan..sebab organizer student Iran yang buat Business kat BATC, UTM Semarak. Pada 18hb FEB 2009, seharian kami menghadiri seminar tersebut, dan menginap di hostel Campus City, Setapak. Boring yang amat sebab line internet..agak kureng sedikit..badan penatnaya..Mai dan Aini tdo awal dalam kul 10 kot.

Pada 19hb Feb 2009, Kami menghadiri MTE di PWTC. Di sini banyak info dan pengajaran yang Mai dapat..selain melihat product2 yang cukup berkualiti untuk pelbagai bidang. Surely..Mai memang tengok yang related dengan tree maintenance system..memang banyak membantu. Dan ada produk yang cukup menarik perhatian saya berkenaan maintenance bangunan yang mengunakan bahan famula..sesuai untuk bangunan yang lama..ianya sesuai untuk 'urban design' yang menitikberatkan rekabentuk lama bangunan..bahan ini boleh digunakan untuk membaikpulih bangunan yang rosak ini. Tak sabar untuk dikomersialkan..Prof Dr Saadah dari USM tak silap..lah kena tgk business card yang dia bagi.

COLLOQIUM KHAS PROF. DR AHRIS YAAKUP, FAB UTM

16 FEB 2009, Selepas sahaja balik dari PD esoknya Mai menyertai Colloqium Khas sempena UTM memperingati pemergian tokoh cendiakawan..Prof Dr Ahris Yaakup. Mai memang cukup bangga menjadi anak didik beliau dan yang paling mahal adalah pengalaman bekerja dengannya di UGISP dari tahun 2002 hingga 2006. Walaupun sekejap..ianya cukup bermakna buat Mai. Hari ini Mai berkesempatan jumpa junior dan senior yang terlibat di dalam GIS dan Perancangan..tapi yang paling best..bila pensyarah kita..menghargai kita..Mai dijemput untuk makan di Meja BIP bersama pensyarah perempuan yang lain..Cukup bersemangat..lagi..untuk menyambung warisan GIS yang ditinggalkan oleh Dr Ahris.. yang penting idea projek mai ni..hasil cetusan dan perbincangan bersama aruwah..Insyallah ada rezeki..saya akan teruskan perjuangan untuk menjadi consultant GIS dan perancangan..yang membantu masalah yang perancangan itu sendiri .. Sayang mai takde lak nak amik gambar masa coloqium nih..selalu ingat..mungkin seronok sangat jumpa officemate lama..junior..senior..

Mai juga tak ada gambar kenangan posing bersama dengan beliau..tetapi kenangan bersama belaiu cukup dekat dihati..baik dari segi kerja ataupun masalah personel beliau sedia untuk membantu. Kalau kemana-mana out-station bersma beliau, beliau lebih berkarektor seperti 'ayah' kepada Mai.Beliau juga pernah bersembang menyatakan impianya untuk mempunyai sebuah office yang cantik diserikan dengan pekerja-pekerja yang dedikasi, berimej kemas dan menarik. Impian ini masa mai baru masuk UGISP..semasa Mai outstation bersama beliau ke Bentong, Pahang. Sebenarnya banyak kenangan-kenangan bersama beliau..nantilah..ada kesempatan dan bahannya Mai compile jadi satu nukilan menarik untuk tatapan semua.

TAPP_MDEC pada 13-15 Feb 2009

Salam, telah sekian lama..menyepi..hari ini baru ler nak buat laporan sikit kat blog nih...pada 13-15 Feb 2009 yang lepas, Mai terlibat dialam program Resubmission MDEC for Pre Seed Fund di Regency Hotel PD. This event may kena drive sorang-sorang dari JB to PD..this is for the first time I do..anyway so adventures. Akhirnya sampai gak..tak terasa penatpun..tapi bila dah balik JB tuh...dia baru rasa sengal pun ada..

Program ni..sebenarnya MDEC kumpulkan mana idea-idea yang dia boleh bantu untuk dikomersialkan..untuk dapatkan grant pembangunan dari MSC Malaysia. So, seramai 16 orang dari merata negeri..termasuklah Mai, Murni dan Din (budak SKIT7) dan ada gak dari SKIT6 Shahazim. Kami ditunjuk ajar secara teknikalnya untuk menambahbaikan kami nyer idea nih...mai nyer kena ubah marketplace..so kena banyak buat research lagi...tentang maintenance di Plantation Sector..macamanapun Mai dapat data support dari En Edwin dari Kementerian Pembangunnan Peladangan & Komoditi.
Gambar ini kumpulan mai..Murni (baju biru), Shida (baju merah), Ida (baju hitam) dan Mai (baju putih). Masa ni tengah bertungkus lumus siapkan slide presentation dan nak submit report. Masing2 sibuk dengan kerja.. Good Luck kekawan..5 Mac 2009 ni present..Pada Murni sekalong tahniah..coz dia dah dapat next stage.. Semoga kami..pun boleh jadi macam Murni..hehe