Tuesday, March 3, 2009

COLLOQIUM KHAS PROF. DR AHRIS YAAKUP, FAB UTM

16 FEB 2009, Selepas sahaja balik dari PD esoknya Mai menyertai Colloqium Khas sempena UTM memperingati pemergian tokoh cendiakawan..Prof Dr Ahris Yaakup. Mai memang cukup bangga menjadi anak didik beliau dan yang paling mahal adalah pengalaman bekerja dengannya di UGISP dari tahun 2002 hingga 2006. Walaupun sekejap..ianya cukup bermakna buat Mai. Hari ini Mai berkesempatan jumpa junior dan senior yang terlibat di dalam GIS dan Perancangan..tapi yang paling best..bila pensyarah kita..menghargai kita..Mai dijemput untuk makan di Meja BIP bersama pensyarah perempuan yang lain..Cukup bersemangat..lagi..untuk menyambung warisan GIS yang ditinggalkan oleh Dr Ahris.. yang penting idea projek mai ni..hasil cetusan dan perbincangan bersama aruwah..Insyallah ada rezeki..saya akan teruskan perjuangan untuk menjadi consultant GIS dan perancangan..yang membantu masalah yang perancangan itu sendiri .. Sayang mai takde lak nak amik gambar masa coloqium nih..selalu ingat..mungkin seronok sangat jumpa officemate lama..junior..senior..

Mai juga tak ada gambar kenangan posing bersama dengan beliau..tetapi kenangan bersama belaiu cukup dekat dihati..baik dari segi kerja ataupun masalah personel beliau sedia untuk membantu. Kalau kemana-mana out-station bersma beliau, beliau lebih berkarektor seperti 'ayah' kepada Mai.Beliau juga pernah bersembang menyatakan impianya untuk mempunyai sebuah office yang cantik diserikan dengan pekerja-pekerja yang dedikasi, berimej kemas dan menarik. Impian ini masa mai baru masuk UGISP..semasa Mai outstation bersama beliau ke Bentong, Pahang. Sebenarnya banyak kenangan-kenangan bersama beliau..nantilah..ada kesempatan dan bahannya Mai compile jadi satu nukilan menarik untuk tatapan semua.

No comments:

Post a Comment