Wednesday, December 31, 2008

WELCOME TO SEMESTER 2 2008/2009

Salam hormat semua. Semester ke 2 sesi 2008/2009 telah bemula bagi pengkuliahan saya untuk Ijazah Sarjana (master) di UTM ini. Syukur Tuhan..kerana Engkau memilihku untuk bersama rakan-rakan yang lain untuk menjadi seorang 'Entreprenuer' yang berjaya suatu hari nanti. Pastinya banyak aktiviti yang telah dijalankan sepanjang Semester 1 yang lepas. Segala kekalutan yang dialami pada Sem lepas akan dijadikan pengajaran untuk tidak akan diulangi lagi pada Sem ini.

Awal semester satu permulaan yang baik..kerana pada 23hb Disember 2008 yang lepas saya telah menemui Puan Anis PUSMA,KUT MARA berkenaan interview penyewaan inkubator. Beliau juga meminta kepada SKIT 7 memberikan sumbangan idea untuk membuat cadangan kemudahan-kemudahan yang terdapat di ikubator dan PUSMA, KUT MARA khasnya. Kemudian beliau melantik saya sebagai Ketua untuk 'task' ini. Oleh yang demikian, pada 6hb Jan 2009 yang lepas kami SKIT 7 telah membuat perbincangan dan agihan tugasan yang akan dibuat untuk tujuan pembentangan cadangan kepada pihak MARA. Hasil perbincangan bersama Puan Anis, tarikh pembentangan adalah pada 30hb Januari 2009 yang akan datang. Namun begitu, tarikh terikini seperti yang diberitahu adalah 19hb Januari 2009. VIP yang akan hadir pada hari itu adalah Tuan Ketua Pengarah MARA dan Pengarah MARA Negeri akan datang untuk membuat brainstorming bagai cadangan tersebut.

Oleh yang demikian, apa yang diharapkan AJK yang telah dilantik dan diberikan kepercayaan untuk menjayakan projek ini dapat memberikan komitmen yang baik. Kerjasama yang diharapkan ini Insyallah akan membuahkan hasil seperti yang diharapkan oleh pihak MARA.