Thursday, August 27, 2009

Pergi Tak Akan Kembali





Hari ini pada 27hb Ogos 2009, Kami kehilangan seorang pensyarah yang cukup 'low profile'.
Nama : Dr Rashdi Shah Bin Ahmad
B.Sc. (Houston), M.Sc (UTM), Ph.D (Hokkaido)
Fakulti Sains, UTM
Timbalan Dekan (Keusahawanan) BIP,UTM


Masih teringat..ketika akhir berjumpanya
berbincangkan masalah SKIT..
Beliau seorang yang cepat mesra..dan rendah diri,
Berjumpa denganya tanpa janjitemu..masih lagi beliau boleh mengalu-alukan..
bercakap dengan dialek 'Kedah'
Selalu mengalakkan kami menggunakan 'open source'
Beliau memang cukup pemurah..
Meninggalkan kami ketika 6 Ramdhan..diziarah oleh ramai kenalan dan staff
Meninggalkan seorang balu yang cukup tabah..
Rautnya..penuh dengan ke Redhaan..sambil mendukung si kecil..
3 orang zuriat yang menyambung perjuanganya
Hiba melihat mereka
tersentuh hati ini sebagai seorang perempuan
dapat menyelami dalam..dalam.. lubuk hati yang cukup pedih untuk diterima
Ingin meneruskan penghidupan dan membesarkan anak-anak
Hati ini juga mendoakan yang terbaik untuk aruwah serta keluarganya..
Tersentuh sayu..dan hiba..merintih pada yang Kuasa..
Tika Imam membacakan doa..untuknya..
agar diampun segala dosa-dosanya, dilapangkan kuburnya,
diganjarkan pasangan yang baru yang lebih baik dari pasanganya di dunia,
diganjarkan kehidupan yang lebih baik dari kehidupan didunia..
tika itu..memang sunguh2 mengaminkan agar..rintahan ini diterima.
Selesai solat untuk jenazah..kelihatan bumi dibasahi..air hujan..
tanda kerahmatan mengiringinya..
Insyallah
aminnnn.

Al-Fatihah untuk Allahyarham Dr Rashdi Shah Ahmad

No comments:

Post a Comment