Tuesday, August 4, 2009

Kisah Kamera dan Bilik serta pengajaranya

Pada hari Jumaat yang lepas iaitu 31 Julai 2009, aku dilanda musibbah yang memang kecuaian diri. Pintu bilik dah terkunci sedangkan kunci bilik masih lagi didalam bilik. Suami tak ada pula (Kursus Induksi)..sambil menuju tangga untuk pergi ke pejabat..merungut dalam hati..hai alamatnyer aku kena keluar duit panggil master key datang untuk minta bukakan pintu bilik. Dengan perasaan cool tu..mengeluh juga di depan Bibik..hey apalah nak jadi dah semalam kamera terendam dengan air yang tumpah di tempat hand break kereta, hari ni..kunci pulak. Memang saya akui saya agak tension selepas present projek depan En Norhashim. 2 hari masa saya terbuang macam tu saje tak leh fokus..pedas dan berbisa tu..ayat2 yang sepatutnya saya tak dapat...emrm anyway now dah recovered pun.

Ok berbalik kisah saya dengan kamera dan kunci tu..pada hari jumaat tu juga saya dapat penyelesaianya dengan mudah tanpa mengeluarkan sesen duit poket saya. Syukur Alhamdulillah. Saya rasa berkat menolong orang dengan ikhlas dan mengembirakan hati ibu, so Allah gembirakan juga hati saya dengan penyelesaian yang cukup mudah. Kamera saya tak rosak sedangkan ketika itu dah hantar ke Conon Center untuk diperbaiki, dan suami saya ada kunci pendua yang diletakkan di tempat lain.

No comments:

Post a Comment