Thursday, April 16, 2009

Approve Committee MDEC for Pre Seed Fund

Hari ni setelah kekeringan idea untuk membuat report assignment Prof Zaki, Mai saja dok cerita pasal kejayaan Mai mendapat Grant Pre Seed Fund 150k oleh MDEC. Cerita memang dah basi di kalangan kekawan SKIT7, UTM..tapi saja nak share disebalik kejayaan ini cukup manis bila Mai flashback sepanjang penjalanan dan proses-proses untuk mendapatkanya ini..Pada kawan yang memang akrab tahu tentang apa kesukaran demi kesukaran yang Mai hadapi. Banyak 'milestone' yang kena Mai lalui..bila dilistkan hemm memanglah berbaloi sangat untuk anugerah yang memang Allah nak bagi ini. Apapun rahsia dia cukup mudah..apa yang Mai pegang adalah..Mai fokus memang nak dapat 150k..azam ini memang Mai tekad dan semat dalam hati sejak..kelas Dr Zaidi dan Dr Is cakap di kelas Projek1.."sesiapa yang tak dapat PSF tak dapat A.." rasanya kenyataan ini cukup kejam..pada kami satu kelas ni..tapi memang kami semua memang bersemanggat dan berkobar-kobar..nah..sekarang hasilnya..dari tergagap buat perbentangan..jadi dah biasa dan lancar sahaja..Thanks..Dr Is and Dr Zaidi..kalau tak dengan arahan 'ala-ala Hitler" tak ler..Mai sampai di peringkat ini.

Setiap komen ahli panel dari Interim 1 hingga 3 memang jadikan panduan sanggat dan olah the basic idea of product yang mai ada tuh..dari mereka tak faham..menjadikan mereka faham apa idea yang Mai cuba buat. Pada hujung semester 1 kami hantar idea report ke MDEC untuk nak dapatkan grant 150k. First presentation with MDEC at BIP, UTM on early Feb 09, (not remember the date) was rejected but selected to resubmission. Pertengahan Feb 09, Mai dipanggil untuk Bengkel MDEC untuk pembaikan idea yang kena resubmission. Rasa suka sangat dapat peluang ini..dah dari hari itu memang Mai dah semat dalam hati yang Mai mesti ready to get 150k tu..Di bengkel inilah (Hotel Regency, PD) segala bermula bila Encik Ritakamal suruh ubah Mai nyer Target Marketplace. Bila ubah sebenarnya banyak kena ubah..Mai tak cakap dengan dia tak boleh..tapi Mai cuba untuk dapatkan data dulu..and lucky..I get the data so easy from Mr Edwin Syamsul (Ministry of Plantation & Comodity)..Alhamdulillah..di sini Mai dah letak harapan 50% kejayaan dah ada ditangan..Masa kat Bengkel MDEC tu..within 2 day Mai kena ubah Mai nyer Market study..and prepare the slide presenation for 10 minit technical committee approval. Masa buat reheasal di sana..Mai nyer presentation tak dapat pitch dalam 10 minit..and comment En Rik (Ritakamal) Mai nyer presentation tak feel plantation field's and lemah kat problems. So, I take the note..and try to make nicely.

Affter done to joining the workshope, on the 5th March 2009 I must present to Technical Approval at Nikko Hotel. This time Mai kena bawak second applicant..wajib. Ada mis-communications dengan Mai nyer second aplicant..dia dok di tempat yang lain dari hotel yang mai menginap..sudah..haru nak gi ke Nikko mana reti..Mai pun tanya ler orang untuk sampai ke sana..dengan menggunakan PUTRA. Akhirnya sampai kat Nikko on the dot..but Mai masa tu tak panik..cool saja..kalu tida surely..habis semua yang nak dipresent..kang tank smooth. Mai nyer giliran yang ke 2..so tak ler..boring menunggu turn. Bila masuk di bilik meeting ni..agar berdebar hinggakan slide terlompat-lompat dan ada tersasul wording yang nak dicakap..but bila tengok respon soalan ahli panel amat memberangsangkan dan macam ada harapan. Soalan banyak ditanya tentang pricing..2 hari lepas presentation dah dapat keputusan..yang saya proceed to committee approval (akhir)..di peringkat ini saya hanya kena present 5 minit sahaja. Tengok gaya memang lebih mencabar dari technical approval.

2 hari lepas balik dari KL ada something happen yang memang tak terduga oleh akal fikiran Mai..rumah dipecah masuk perompak..mereka ambik notebook, hp, duit dan sedikit barang kemas Mai..aduh! terduduk..termenung seketika..tak keluar air mata..cuba..lemah..bila mengenangkan banyak data yang hilang bersama notebook yang hilang itu..Tapi Mai tetap cool pasti ada ganjaran yang cukup hebat yang Allah nak bagi pada Mai sebab besar sungguh ujian dia..mujur mai ada backup file tapi pada Bulan Feb 2009..so, kerja-kerja mai sepanjang Mac 09 memang tak ada backup..memang Mai akui rasa lost sangat..so assignment Mai buat ikut done je lah..Sepanjang Mac memang Mai blur sangat..but on April semangat dah kian pulih..fokus balik pada get Pre Seed Fund..syukur nyer MDEC pun tak panggil lagi untuk presentation final..akhirnya pada 15hb April memang tarikh keramat..dah keramat memang crem..apa tak nyer assognment lagi..13hb April Final presentation for Project2, prof zaki lagi pada 14th April. Alhamdulillah semuanya berjalan mengikut jadual. Presentation project2 banyak membantu saya untuk polish up saya nyer pitch di MDEC nanti. On 14th April presentation with prof zaki di tangguhkan pad 21th April..so Mai bertolak ke KL pada 14 tuh..kul 2ptg dengan kereta UTM. Sampai jer..hotel makan and berlatih..Murni rakan seperjuangan pun lagi dasyat..dia memang kata orang cuma syarat jer..nih present memang dah sure dapat..cuma Mai berkata dihati kecil Mai..Mai nak gak macam Murni..Kalau orang lain boleh aku juga boleh..

Pagi 15hb April 09, Pagi yang cukup bersemangat untuk Mai..walaupun Mai turn ke-7, tapi Mai suka this number..hopefully ada luck..Alhamdulillah masa present..i did well and paling best masa questions and answer session..soalan bertalu-talu..memang tak de masa nak pass kat Mai nyer second applicant tuk jawab..semua soalan tuh..memang mai jawab. Kalau masa technical approval siap ler..bincang or pass to my second applicant..nih..pandang pun tak..tapi tengok respons dari ahli panel..memang best..aura yang positif..dah ada. Semua jawapan mai tu mai kaitkan dengan masalah semasa dan bagi contoh-contoh..untuk ahli panel jelas dan faham. Alhamdulillah ahli panel berpuas hati untuk meluluskan Mai..Syukur ya Allah kau terima doaku..amin.

No comments:

Post a Comment