Friday, April 10, 2009

Preparation on Slide Project2 Final and MDEC appoval

Debaran kian terasa, untuk membuat pembentangan Projek2 dan Approval MDEC. Akhirnya, tiba ke penghujung perjuangan pada SEM2 ini. Terasa juga sedikit tekanan dengan cabaran yang oleh Nya yang menguji diri ini. Usahaku untuk perjuangan ini pada hujung Semester 2 ini kian selesai. Buat sahabat SKIT7 dan para Pensyarah..yang selama ini ku kenali..mohon maaf dipinta segala apa saja tindak-tandukku..ku hulurkan 10jari (hehe bagi non mohrim on maya)untuk kuambil barokah ini..agar perjuangan ku kian Mudah. Kepada "Tok Guru" dan sahabat SKIT ku..ada sajak yang kutujukan untuk kalian..

Salam perkenalan di awal Julai 2008,
Ku kira kita telah mengenali,
Tapi masa belum serasi bersama,
masih hati ini ada terasa,
Perjuangan ini jangan dipudar,
Balik kepada asal kita kesini..
kegelanggang yang menuntut rentak dan tari yang berbeza.

Kini kian jelas,
sapa ikhlas dalam berkawan,
Ikhlas dalam bertatih untuk berjuang,
Ikhlas dalam membimbing..menuju puncak,
Ikhlas dalam berkongsi pengalaman,
Ikhlas dalam merasa sukaduka,
Ikhlas dalam mencari halatuju,
Ikhlas berkongsi Ilmu,
Walau apapun kupohon..wahai "Tok Guru"
Ikhlaskan setiap apa yang mu..curahkan
agar kami menerimanya hingga terpahat dihati, diminda
walau luput dimata tapi tidak didada..

Kawan..ikhlaskan dirimu..,
menerima aku seadanya,
tanpa mengira siapa aku,
hitam kah putih kah warna kulitku,
aku tahu siapa... aku
cetek dengan ilmu IT,
tapi jangan menghukum aku tidak mengerti,
Aku punya rasa dan jiwa untuk meniba ilmu,
terimalah aku di arena ini wahai dunia baruku.
Aku ingin berjaya seperti mereka,
Yang pasti mereka jua tidak mengerti apa-apa,
Tapi semangat, dan bakat yang digilap,
akhirnya mereka berjaya dipuncak.
Kawan ayuh kita berganding bahu..
Menujuk puncak..tapi bukan Akademik fantasia,
Tetapi Akademik Usahawaniaga yang berjaya..Amin
.

No comments:

Post a Comment