Thursday, January 22, 2009

CUTI TAHUN BARU CINA

Cuti tahun baru Cina ni ada seminggu lebih..so amik ler kesempatan pergi berjalan..tuh kena sesiapkan awal semua asignment. Klu tak siap semua pun at lease dah schedule sesiap so naik cuti karang dah senang dah..2 hb Feb terus jer present tugasan Dr Is , Dr Hassan dan prof Zaki. Tinggal assignment Prof Zaki dan Dr Is yang tak bincang lagi dengan Fana & Yana. Di ucapkan Selamat Bercuti kepada semua..semoga naik cuti nanti memasing bersemangat..hehe termasuk ler aku nih..

29 Jan 2009 ada kuliah jemputan Dr Is. Masa ni dah bawak sesiap some research tentang assignment Dr Is and Prof Zaki. Ok lah see you

ASSIGNMENT ENTREPRENURIAL FINANCE & ACCOUNTING

Hai semua..hari ini Mai dan Aini buat assignment untuk finance..Kami 1 group 2 orang. Kali ni mai satu group dengan Aini. Thanks Aini pilih akak ..hehe. Hari ini kami pergi interview pengusaha MS Pondok Beriani di BBU. Ownner dia ni..kawan Mai masa Dip & Degree dulu. Kini beliau berjaya dan selesa dengan Perniagaanya. Bagi mememenuhi kehendak tugasan En Ahmad Zaidi yang menyuruh kami memilih satu perusahaan yang mempunyai inventory cost..so kami rasa perusahaan ini amat sesuai. Pukul 3 ptg kami janji untuk sesi interview tu..kami terpaksa menunggu sebab tokeh tak balik lagi dari belanja..barang. So sempat lah Mai rakamkan gambar beberapa aktiviti di kedai member ni..
Ini adalah gambar kedai member ni dari depan. Masa kami datang nasi beriani tu dah habis dah.. tinggal kerja-kerja mengemas di dapur sahaja. Caya lah zali..wish you all the best.. Pada kekawan yang nak cuba nasi beriani dia datang la di No 54, Jalan Padi Emas2, Bandar Baru Uda. Lokasi dia berdekatan Angsana saja..

JUMPA MENTOR OLIESCAPE


Hari ini jadual begitu padat..pagi aku jumpa supervisor Dr Shahizan, then aku uruskan hal surat kebenaran di fakulti kemudian selepas lunch aku ada conference discussion dengan Aini berkenaan assignment Finance. Kemudian Pukul 5-6.45 petang aku ada discussion dengan Mentor. So, segala input hari ini amat membantu aku membuat review projek cadangan.

Gambar di atas ni adalah gambar mentor aku. Dia ni muda dari aku..tapi respect giler..kerana kematangan dia..berani buat business di usia yang muda. Nama dia Mohd Azaly bin Man berasal dari Kota TInggi. Dah berkahwin mempunyai 2 orang cahaya mata. Ketika aku pergi berjumpa denganya..sebenarnya beliau kurang sihat..baru balik bercuti panjang di Jarkata (satu ofis dibawa). Bila la agaknya aku boleh buat macam tu..hehe

Wednesday, January 21, 2009

first time jumpa DR SHAHIZAN


Hari ini jumpa Dr Shahizan, bincang berkenaan system architecture..ok mudah faham..tapi banyak benda kena buat. Kira assignment cuti Raya Cina..kata dia..la

Setelah mendapat result yang mendukacitakan dari MDEC, aku tak buatpun apa-apa tentang MDEC resubmittion. Base pada Din dan Murni beritahu, seolah-olah tak payah hantar la..macam tu. So, just untuk memenuhi keperluan master ni..aku akan tetap teruskan dengan topik cadangan itu tapi major perubahan yang aku kena buat..iaitu hanya fokus pada pembangunan software sahaja. Perbincangan dengan Dr Shahizan berjalan dengan lancar. Urusan surat untuk mendapatkan maklumat dari Dekan juga telah diuruskan harap esok aku dapat surat tersebut, so aku boleh ler..memulakan perjuangan aku..Banyak gak task yang diberikan oleh Dr Shahizan. Tapi ok lah..dia bantu satu per satu..Harap semuanya di permudahkan ya ALLAH. Semuanya memang dirancang dan ketentuan itu semua dariNya. Aku harap aku ditempat orang-orang yang ada nasib yang baik..luck

GROUP MEMBER FOR ASSIGNMENTS

Semalam penat sangat tak update pun blog ni. Hari ni cuma nak update member group yang dengan Mai ..sebab dah banyak assignment ni..kalau tak update kan takut lupa ye..tak.? Al maklum..manusia mudah lupa..(hehe ke aku je kot!). Setelah 2 hari yang memang bz dan memenatkan hari Rabu sampai Jumaat ler..hari yang agak santai..bukan santai ape pun..jadual hari tu Mai lah yang punya..nak jumpa supervisor ker..nak jumpa customer ke..atau nak buat kerja-kerja urusan personal atau pun pejabat. Banyk sebenarnya nak kena buat semester ni..tup-tup dah nak abis Bulan Januari. Ni yang mengerunkan..ni.

1. Assignment Dr Iskandar - Kak Shifah, Isma & Pyan
2. Assignment Dr Hassan - Man & Chai
3. Assignment Prof Zaki - Yana & Fana
4. Assignment En Ahmad Zaidi - Aini

PERKARA-PERKARA YANG DIBUAT PADA HARI INI..

  • Perbincangan bersama Dr Shahizan berkenaan restructure skop kajian tesis (Pukul 9-10.00pg Bilik RA Tingkat 4, N28)
  • Menguruskan surat pengumpulan data untuk Tesis.(kak Lijah D07)
  • Perbincangan Assignment En Ahmad Zaidi bersama Aini di 2.00pm Incubator, KUT
  • Perjumpaan Mentor, En Mohd Azaly pukul 5.00ptg di Oliescape design, Taman Sri Pulai Perdana.

Monday, January 19, 2009

PRESENTATION SKIT7

Salam semua..hari ini hari yang berbaur suka dan duka buat saya. Apa tak nyer..hari ini rasa bangga sangat dapat present berkenaan SKIT 7 kepada Pihak MARA HQ dan meberikan sumbangan idea yang boleh pihak MARA perbaiki. Tapi ada suara-suara yang negatif sangat dengan pembentangan ini. Mereka yang bising menyatakan tak tau ujung pangkal berkenaan apa presentation ini mengeruhkan lagi keadaan. Sekurang-kurangnya berilah sumbangan idea..tetapi semua tu in term of money..no money no talk..alasan bagi mereka yang tak mahu menyumbangkan idea..apa-apa pun yang Puan Anis sarankan kepada kami ini..saya rasa ianya sesuatu yang positif perlu diambil kira. Terdapat missed communication di antara saya dan Dr Iskandar.
Apa-apapun hari ini banyak pengajaran buat saya pada hari ini..apa yang Din beritahu pada saya sudah cukup buat saya sebak. Bangga sangat dengan sifat professionalisme yang ada pada Sanor. Masih jauh mai rasa untuk mai menjadi begitu matang dan bersahaja seperti beliau. Berkawan denganya cukup buat saya selesa..apa-apapun Thanks Sanor..klu hang tak ada semalam aku kena present gak..anyway kau memangpun layak jadi ketua skit7. Thanks gak pada Chai dan Aini selalu bagi sokongan. Gambar-gambar sekitar presentation SKIT dan Taklimat MARA.

Ini gambar Aini, Sanor, Chai & K. Shifa. Masa ni tengah sarapan sambil membuat editing slide presentation. Mai mana? tentulah sedang mengambil gambar :).

Sebelah kiri ni pulak gambar En Zainal dan En Hassim tengah menunggu majlis bermula sambil membaca surat khabar.
Gambar di bawah ni pulak gambar Puan Salmah Hayati dari MARA HQ sebagai Pen. Pengarah Bahagian Usahawan MARA serta para pegawai MARA yang lain.

Sunday, January 18, 2009

TAHNIAH BUAT MURNI...

Tahniah..MURNI..dapat melanjutkan perjuangan ke peringkat Akhir tersenarai top 10 untuk BPC (Business Plan Competations) Cayalah..sis! you got the power..UTM boleh. Ini adalah gambar Muni bersama product cadanganya..Kami dari SKIT7 bangga tu..ada wakil. Alamak tak boleh pulak upload gambar murni ni..takpe lain kali saya akan upload gambar Murni disini. Kepada diri ini dan kawan-kawan yang lain..amacam nih..kita nyer product..bungkus hehe. Jangan putus asa pasti ada peluang yang lain. Apepun tahniah kepada semua kerana berjaya present product idea dengan MDEC pada 23 dan 24 Dec 2008 yang lalu. Personally, ini adalah presentation Mai yang paling memcabar sepanjang belajar dan kerja. Dulu selalu gak present project proposal dengan client..tapi 'roh' dia tak sama..tak pernah kena create dengan orang-orang yang hebat-hebat macam ahli panel MDEC yang lepas.. Apapun pengalaman tu..cukup mahal dan tak leh dapat kat mana-mana. TQ kepada Sanor (Sanorazman), Kak Shifah, Chai, Murni banyak bagi tips..and tidak ketinggalan Dr Zaidi banyak membimbing saya..comment my slide every each..Dr Shahizan tolong saya dapat hasilkan achitecture digram yang detail. Technical Support Mai..pastinya banyak memberikan idea-idea yang membantu menhasilkan report dan slide yang baik. TQ

Technical Membes:
Yazid Abu Bakar (Bach. Science Comp, UTM)
Zulhelmi (Bach.of Geographic Information System, UTM)
Mohd Nurrruddin (Msc. URP,UTM)
Shahrulizam Abd Rashid (Bach.of Landscape Architechure, UTM)