Sunday, August 23, 2009

JAMUAN TANDA KESYUKURAN

Salam guyz..sebenarnya gambar ni dah lama Mai nak upload kat blog nih..malangnya baru semalam saya dapat. Ini adalah majlis yang tak seberapanya dari Mai untuk para sahabat yang dekat ketika Mai berjaya dapat Grant Pre-Seed Fund. Semoga projek tu dipermudahkan segala urusan pengurusan dan juga pembangunan sistemnya dan mendapat kejayaan ..Insyallah. Terima Kasih kepada semua yang datang menyokong Mai. Mai faham ada kala..kekawan ni kita jarang jumpa right..but you all always in my heart..k. Luv you all.

A message About H1N1 To Review

H1N1 INFO
To members of ANAK JOHOR

since ramai yg dh passed away sebab virus nie di malaysia....dan adalah antara yg tertinggi di dunia...dr segi kadar kes dijangkiti dan kematian....read utusan yesterday....hopefully tis can be read again to prevent us from contracting with this virus....


Apa itu H1N1?

Viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dari virus avian flu
(selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah
bergabung dengan swine flu (yang sepatutnya hanya menjangkit ternakan
babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam
'host' yg lebih tinggi di dalam rantaian makanan @ manusia dan semasa di
dalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air
born' dan berjangkit dari manusia kepada manusia.

Jangka Hayat Virus

Oleh kerana ia adalah virus yang air born, ia hanya boleh bertahan di
udara selama 2 hingga 8 jam sahaja, jika selepas tempoh tersebut ia
tidak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.

Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yang
baik....akan 'bersih' dari virus tersebut.

Apa yg perlu anda tahu ?

Asal virus ini

Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di
Mexico tetapi tidak dilaporkan kpd WHO. Kemungkinan outbrake ini telah
dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la
outbrake di Mexico.

Virologi Virus H1N1

Incubation period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 - 4
hari
ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit
pesakit
pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat
dan selewat2nya hari ke-4
H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kepada pesakit yang berisiko,
ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yang normal, ia hanya
akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

Cara Serangan

Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan
Virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan
SARS)
peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal,
ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung
collapse'
ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi

Siapa Yang Berisiko


1.Orang yang ada masaalah 'obesiti' @ gemok
2. Perempuan yang mengandung
3 .Orang yang ada astmatic
4 . Orang2 yang bermasalah dengan sistem imunisasi ( menjalani
'operation yg besar', kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi,
golongan2 yang rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)
* Kematian yang telah dilaporkan terdiri daripada golongan-golongan di
atas


Simptom2

Day 1 - Rasa kurang sihat, tak bermaya
Day 2 - Selsema, batuk dan demam yang kekal ( demam tidak turun walaupun
telah mkn ubat demam)
Day 3 - Rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
Day 4 - Sakit dada yang teruk....jumpa doktor dengan segera
Day 5 - And above lung collapse @ koma


Langkah-langkah Kawalan


1 - Golongan-golongan yang berisiko, elakkan daripada kesesakan (
kawasan yang padat dengan orang ramai)

2 - Menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dengan betul, jaga
kebersihan rumah dan persekitaran

3 - Elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'

4 - Jika kurang sihat, elakkan diri dari beraktiviti (sosial dan
berkumpulan)

5 - Jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema
biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai. Jika terpaksa, pakai
'mask' (sekurang2nya 3 ply mask)

6 - Untuk orang yang sihat, elakkan dari kawasan yang padat.

7 - Jika ada tanda2 simptom di atas, segera ke hospital untuk
pemeriksaan dan rawatan

8 - Jika sihat, jangan ke hospital atau klinik untuk 'checkup' kerana di
kawasan tersebut mengandungi banyak virus.

9 - Tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubat influenza!! jika sihat dan
mengambilnya, akan mengakibatkan resistan kepada vaksin @ ubat2 untuk
merawat jika terkena jangkitan. Ini adalah kerana berlakunya resistansi
virus terhadap persekitaran badan yang telah mengambil ubat2 tersebut
terlebih awal.

10 - Vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada Oktober dan hanya untuk
'frontliner' sahaja dan untuk awam selewat2nya pada 2010.

11- Untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal sahaja
di Malaysia. Mengambil masa 6 jam untuk run test kepada 1 batch sample.
Jika klinik menyatakan mereka boleh jalankan ujian, itu tidak betul. Tak
perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.

12 - Tahap kesedaran dan pengetahuan yang tinggi amat perlu untuk kita
sama-sama menghadapi outbreak ini. Sama2lah kita berdoa kepada ALLAH
s.w.t agar bala ini cepat berlalu.
Amin.

Ini adalah sumber dari taklimat H1N1 oleh Pengarah Kawalan Penyakit
Berjangkit dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Friday, August 14, 2009

PIKOM SEMINAR_14TH AUGUST 2009

PIKOM SEMINAR..this is my first time to joint it..very exciting because get a new network and get a new knowledge. 'Learn with others' that is my objective. I saw a few members from Pre-Seed Fund Programme recipients. This seminar is very focus to get awareness from the participant about the IT Opportunities, product needs in the market, the trends, the governments support and the most important is the person who in industry. PIKOM is the place who want to know the ICT in Malaysia. It about the market, the trend and others . PIKOM was release a book which reports all the information need to running the IT businesses. When I look at myself, 'are you can take this challenges to become a women IT entrepreneur? compete to them..very smart, nice good looking, very affluence and excellent in their English, confident, and etc..then I said to myself..'yes I am..why? No women around them..if..have just their Assistant..so, this is your opportunities'. This picture I take with Kak Hanan, from Chempaka Putih Sdn Bhd. The event was organized at The Puteri Pacific Hotel. Besides that have a PC Fair at Persada Johor, so you guz come to get your special price there.

This is my pic with Kak Hanan..She is very brave, spritied..a lots to learn with her.

This is also have double ceremony to Cyberport Johor for celebrate their 3rd anniversary..


YB Tan Kok Hong (Johor State Exco for International Trade & INdustry, Energy, Water and Communications and Environment), YB Sarikon (Chairman of Johor Cyberport), Mr Ganesh Kumar Bangah (MD of Johor Cyberport) and the staff.

Tuesday, August 4, 2009

Renovation on going in progress

Pejabat ini berkonsepkan "violet, grey and yellow". Pilihan warna dan design ni..hasil perbincangan Mai dan Suami.

Kisah Kamera dan Bilik serta pengajaranya

Pada hari Jumaat yang lepas iaitu 31 Julai 2009, aku dilanda musibbah yang memang kecuaian diri. Pintu bilik dah terkunci sedangkan kunci bilik masih lagi didalam bilik. Suami tak ada pula (Kursus Induksi)..sambil menuju tangga untuk pergi ke pejabat..merungut dalam hati..hai alamatnyer aku kena keluar duit panggil master key datang untuk minta bukakan pintu bilik. Dengan perasaan cool tu..mengeluh juga di depan Bibik..hey apalah nak jadi dah semalam kamera terendam dengan air yang tumpah di tempat hand break kereta, hari ni..kunci pulak. Memang saya akui saya agak tension selepas present projek depan En Norhashim. 2 hari masa saya terbuang macam tu saje tak leh fokus..pedas dan berbisa tu..ayat2 yang sepatutnya saya tak dapat...emrm anyway now dah recovered pun.

Ok berbalik kisah saya dengan kamera dan kunci tu..pada hari jumaat tu juga saya dapat penyelesaianya dengan mudah tanpa mengeluarkan sesen duit poket saya. Syukur Alhamdulillah. Saya rasa berkat menolong orang dengan ikhlas dan mengembirakan hati ibu, so Allah gembirakan juga hati saya dengan penyelesaian yang cukup mudah. Kamera saya tak rosak sedangkan ketika itu dah hantar ke Conon Center untuk diperbaiki, dan suami saya ada kunci pendua yang diletakkan di tempat lain.

Sunday, July 19, 2009

LPU3: LATIHAN PEMBANGUNAN USAHAWAN MARA

Salam, agak lama rasanya tak update blog nih..sebenarnya seminggu saya diwajibkan menjalani Latihan Pembangunan Usahawan Modul3 di Langkawi untuk memenuhi syarat Master nih..kali ini rombongan SKIT 7 nih bergabung dengan dak MOST 5 dari UUM. Meriah..sesangat..tapi tu la.. lama sangat tinggalkan anak2 dan suami 8 hari lamanya. Cabaranya sudah terasa apabila kami terpaksa naik bas UTM ke Kuala Perlis dan menariki feri untuk sampai di Langkawi. Menempuhi perjalanan yang cukup panjang iaitu 12jam. Kami pasti masa kami cukup tight untuk LPU ini so, setiap masa yang terluang akan kami manfaatkan bebetul dengan melawat di tempat2 yang menarik dan terpilih sahaja, shopping dan yang paling penting penyediaan RP (Rancangan perniagaan) yang Alhamdulillah mengikut jadual yang ditetapkan. Tapi biasalah tak cukup tidur untuk memastikan hasilnya berkualiti. Habis kami satu kelas kena virus selsema..yang asalnya disebarkan oleh Isma (classmate mai dari SKIT7) dan seterusnya menjangkit hingga ke dak MOST 5 UUM. Tapi bagi diri Mai tidak menjadi satu kemestian untuk melawat tempat di Langkawi ini, kerana pada awal tahun sekitar Feb 2009 Mai dan family dan melawat habis kawasan Langkawi ini kecuali Tasik Dayang Bunting. Fokus Mai lebih kepada objektif LPU itu sendiri. Fasilitator yang berpengalaman yang dilantik oleh MARA memberikan komitment yang baik bagi memastikan kami menyediakan RP yang lengkap. Fasilatator yang tak asing lagi ialah En Mohar (Akan mengajar kami sem ini untuk subject marketing & sales) serta pembantunya En Najib yang memang bergalaman di bidang financial & acaunting . Syukur rasanya kami dah boleh siapkan RP dengan siap unjuran financial dengan baik. Hehe..

Sepanjang tinggal di Langkawi kami menginap di Chandek Kura Hotel, Kedawang iaitu di kawasan perkampungan sawah padi yang terletak di antara Kuah dan Pantai Chenang. Mai sebilik dengan Aini dan didalam perjalananpun pergi dan balik juga duduk bersama Aini.

Pada hari Rabu (15hb July 2009) kami semua ada pembentangan di depan ahli panel MARA dan MDEC untuk menilai projek kami ini. Di dalam projek idea ini hanya Mai dan Murni dari SKIT7 UTM yang berjaya mendapat Pre-Seed Fund, MDEC. Tujuan pembentangan ini juga ingin membantu untuk mendapatkan grant atau pinjaman yang lain dari agensi-agensi ini. Harap-harap kumpulan kami ini mendapat laluan mudah untuk mendapatkan pinjaman ataupun grant-grant kerajaan yang sememangnya banyak..dan kita hendaklah merebutnya. Sabar itu usaha kejayaan.. Kepada kekawan MOST 5 UUM dan SKIT 7 UTM tahniah kerana berjaya menamatkan kursus ini dengan jayanya..pastinya ianya satu kenangan dan pengalaman yang amat berharga. Good Luck..everybody!!

Wednesday, July 1, 2009

Final Presentation for Prototype and Business Strategies

Hi..friend's I'm back..sorry lama dah tak update this blog..sebenarnya amat sibuk dengan urusan pengurusan pejabat baru dan design all the things about my project master. Anyway tomorrow I have a final presentation for the short sem and hope the pitch will be smooth and good.