Sunday, July 19, 2009

LPU3: LATIHAN PEMBANGUNAN USAHAWAN MARA

Salam, agak lama rasanya tak update blog nih..sebenarnya seminggu saya diwajibkan menjalani Latihan Pembangunan Usahawan Modul3 di Langkawi untuk memenuhi syarat Master nih..kali ini rombongan SKIT 7 nih bergabung dengan dak MOST 5 dari UUM. Meriah..sesangat..tapi tu la.. lama sangat tinggalkan anak2 dan suami 8 hari lamanya. Cabaranya sudah terasa apabila kami terpaksa naik bas UTM ke Kuala Perlis dan menariki feri untuk sampai di Langkawi. Menempuhi perjalanan yang cukup panjang iaitu 12jam. Kami pasti masa kami cukup tight untuk LPU ini so, setiap masa yang terluang akan kami manfaatkan bebetul dengan melawat di tempat2 yang menarik dan terpilih sahaja, shopping dan yang paling penting penyediaan RP (Rancangan perniagaan) yang Alhamdulillah mengikut jadual yang ditetapkan. Tapi biasalah tak cukup tidur untuk memastikan hasilnya berkualiti. Habis kami satu kelas kena virus selsema..yang asalnya disebarkan oleh Isma (classmate mai dari SKIT7) dan seterusnya menjangkit hingga ke dak MOST 5 UUM. Tapi bagi diri Mai tidak menjadi satu kemestian untuk melawat tempat di Langkawi ini, kerana pada awal tahun sekitar Feb 2009 Mai dan family dan melawat habis kawasan Langkawi ini kecuali Tasik Dayang Bunting. Fokus Mai lebih kepada objektif LPU itu sendiri. Fasilitator yang berpengalaman yang dilantik oleh MARA memberikan komitment yang baik bagi memastikan kami menyediakan RP yang lengkap. Fasilatator yang tak asing lagi ialah En Mohar (Akan mengajar kami sem ini untuk subject marketing & sales) serta pembantunya En Najib yang memang bergalaman di bidang financial & acaunting . Syukur rasanya kami dah boleh siapkan RP dengan siap unjuran financial dengan baik. Hehe..

Sepanjang tinggal di Langkawi kami menginap di Chandek Kura Hotel, Kedawang iaitu di kawasan perkampungan sawah padi yang terletak di antara Kuah dan Pantai Chenang. Mai sebilik dengan Aini dan didalam perjalananpun pergi dan balik juga duduk bersama Aini.

Pada hari Rabu (15hb July 2009) kami semua ada pembentangan di depan ahli panel MARA dan MDEC untuk menilai projek kami ini. Di dalam projek idea ini hanya Mai dan Murni dari SKIT7 UTM yang berjaya mendapat Pre-Seed Fund, MDEC. Tujuan pembentangan ini juga ingin membantu untuk mendapatkan grant atau pinjaman yang lain dari agensi-agensi ini. Harap-harap kumpulan kami ini mendapat laluan mudah untuk mendapatkan pinjaman ataupun grant-grant kerajaan yang sememangnya banyak..dan kita hendaklah merebutnya. Sabar itu usaha kejayaan.. Kepada kekawan MOST 5 UUM dan SKIT 7 UTM tahniah kerana berjaya menamatkan kursus ini dengan jayanya..pastinya ianya satu kenangan dan pengalaman yang amat berharga. Good Luck..everybody!!

Wednesday, July 1, 2009

Final Presentation for Prototype and Business Strategies

Hi..friend's I'm back..sorry lama dah tak update this blog..sebenarnya amat sibuk dengan urusan pengurusan pejabat baru dan design all the things about my project master. Anyway tomorrow I have a final presentation for the short sem and hope the pitch will be smooth and good.