Thursday, May 28, 2009

URBAN HEADLINE SDN BHD

Finally, I form my business corporation company..named URBAN HEADLINE SDN BHD (854182-T). My company will be operate at:
N0. B-01-09, Jalan Sri Pulai Perdana 11/6,
Taman Sri Pulai Perdana,
81110 Kangkar Pulai,
Johor Darul Ta'zim.

I hope, my way to get blessing from ALLAH and success.

SAAT KENANGAN PRESENTATION FINAL GRANT MDEC


Salam hormat semuanya, pertama kalinya Mai berkongsi kenangan bersama En Mohd Nuruddin, one of my team member semasa final presentation Grant MDEC, di MMU, Puterajaya (MSC). Penghargaan yang tak berbelah bagi..untuk partner mai ni..hehe

Wednesday, May 20, 2009

MASA UNTUK BALAS SERANGAN...

Hai..Salam semua..dah seminggu Mai tak update cerita..hari ini Mai nak share cerita tentang semalam..kami beramai2 membalas serangan kepada nyamuk..Semalam 1 kawasan perumahan Mai diadakan semburan untuk nyamuk (fogging)daripada Unit Kesihatan, MPJBT. Semoga tiada lagi kes serangan nyamuk aedes..yang membolehkan seseorang itu bila terkena gigitannya akan mengalami demam denggi. Ini adalah pemandangan rumah yang kena fogging semalam..Mai capture dari tingkat atas.

Saturday, May 16, 2009

TEACHERS DAY..HAPPY TEACHERS DAY!

Hai friends..16th may very year..this is one of the important date for me..coz TEACHERS DAY..
First I want to wish to all my lecturers at UTM from FAB and my current lecturers at FSKSM, UTM especially for Dr Zaidi, Dr Is, Dr Shahizan, Dr Shahrizal, Prof Zaki..from FPPSM, UTM..sape lagi..'bapak kita' PM Dr. Hassan kenapa panggil 'bapak' coz selalu dia layan kami..kami boleh mengadu apa saja..tentang hal2 kebajikan dan sebagainya..supervisor saya En Ahamad Zaidi..semoga kalian dipanjangkan umur and kesihatan..boleh ajar kami lagi..dengan ilmu dan tips..berguna untuk kami..(SKIT 7)..

Tidak dilupakan Cikgu2 kesayangan SMPB 1989-1993..surely ada yang dah pindah..tapi antara nama-nama cikgu yang diingatan ini adalah Cikgu Jamiran (Pendidikan Seni), Cikgu Saadiah (Math), Cikgu Aishah (jasmani & kesihatan, Puteri Islam), Cikgu Wahab (Math Ting 3), Cikgu Ibrahim (bahasa Melayu ting 3), Ustazah Habsah (Agama, Rumah ledang), Ustaz Muhammad, Cikgu Jamiah, cikgu Rosmawati (Akaun ting 4-5), Cikgu Basar (P. Akaun ting 1-2), Cikgu Rahim (Sejarah Ting 5), Cikgu Ishak (Geog, Sidang Redaksi majalah sekolah), Ustaz Kadir (Agama ting 5), Cikgu Mohd Kalid (Guru pen. Kanan 1), Cikgu Sattar (kicap Jalen) (BM Ting 2), Cikgu Sattar Aziz (Guru Pen. Kanan 2, selalu bagi motivasi), Cikgu Hasni (Kaunselling), Cikgu Bachok (pengetua), Cikgu Norizan (Sains Ting 4-5), Cikgu Chua (sains ting 3), Cikgu Buang (English), dan pada mereka yang Mai tertinggal nama 'I am Sorry...suka akan mee kari"..hehe

Satu event yang berlangsung pada 15hb Mei 2009 semalam Majlis sambutan hari guru di NURI Sri Pulai Perdana..tiba masanya untuk Mai ajar anak2 agar menghargai Jasa Guru..



Friday, May 15, 2009

SEMINAR MAKANAN HALAL 2009 DI PESADA, JB

Seminar Makanan Halal 2009 telah berlangsung pada 14hb Mei 2009 di Pesada, Johor. Seminar ini adalah pendedahan awal saya berkenaan Produk makanan halal. Banyak peluang yang boleh direbut selaku usahawan ICT seperti saya. Banyak contents yang boleh dikongsikan..tapi memerlukan masa untuk membuat draf report. Oleh yang demikian seperti biasa kepada sesiapa berkenaan yang berminat boleh email terus kepada saya. Seminar ini dirasmikan oleh Ybhg Dato' Mukhriz Tun Mahathir selaku Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Malaysia.

CHANGE MY SECOND APPLICANT FOR PRE-SEED FUND (TPF) PROGRAMME



Salam semua, hari ini saya gembira mengumumkan, En Chairil Anwar Mohd Akhir menjadi my second applicant for Pre-Seed Fund Programme (TPF), MDEC. Hari ini juga Mai telah membuat surat cadangan kepada Cik Haslinda Bakar perkenaan hal ini. Akhirnya setelah pening kepala..(mujur tak migran), tidur pun tak lena..makan?..emm pastinya kenyang..hehe memikirkan siapalah yang boleh menggantikan Mohd Nuruddin (menarik diri)daripada program ini. Setelah dipersetujui oleh management team yang lain, Saudara Chai diterima menjadi ahli management yang baru. Oleh yang demikian, team member inilah yang akan bertanggungjawab di dalam memastikan product 3MSYSTEM ini berjalan lancar. Kami juga memerlukan sokongan anda. Projek ini juga memerlukan kami membentuk syarikat sdn bhd. Nama syarikat kami adalah Urban Headline Sdn Bhd 854182-T.

Saturday, May 9, 2009

DEMAM DENGGI

Hari ini 9hb Mei 2009, Mai ada appointment penting bersama Supervisor (Dr Mohd. Shahizan). Memang dah lama sangat tak jumpa dia..oleh kerana bz dengan persiapan final presentation MDEC yang lepas dan terus untuk menyiapkan segala aasignment..setelah assignment terakhir siap, Mai pula bz dengan preparation pendaftaran syarikat sdn bhd dan perjanjian untuk urusan grant MDEC. Tetapi, Mai terpaksa batalkan perjumpaan tersebut, kerana terpaksa mengurusan suami ke hospital kerana deman yang berpanjangan..dan doktor mengesahkanya kena demam denggi.Appapun Mai harapkan ianya di dalam kawalan. Hopefully next week should be ok..and can concentrate to my prototype development.


Wednesday, May 6, 2009

Last Assignment was done!

Akhirnya..setelah 2 hari menyiapkan draf laporan dan presentation slide, Mai dan ahli kumpulan yang lain iaitu Aini dan Fana dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Harap En Ahmad Zaidi cukup berpuas hati dengan submission itu nanti. Tahniah semua..kali ini tak rasa stress langsung semasa proses penyediaanya. Sebab kami dah prepare dari awal dan semuanya mengikut jadual yang ditetapkan...memang betul lah..emmm KENA INGAT NIH....notice!!